-
Keluaran 23:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “Setiap tahun, sambutlah tiga perayaan untuk-Ku.+ 15 Pada masa yang ditetapkan pada bulan Abib,*+ kamu akan menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi,+ kerana pada bulan itu kamu meninggalkan Mesir. Kamu harus memakan roti tidak beragi selama tujuh hari sebagaimana yang telah Aku perintahkan. Jangan datang ke hadapan-Ku dengan tangan kosong.+
-