22 Eli sudah sangat tua dan dia mendengar tentang segala yang dilakukan oleh anak-anaknya+ terhadap umat Israel. Dia juga tahu bahawa anak-anaknya telah meniduri para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.+
17 Maka pembawa berita itu menjawab, “Orang Israel telah melarikan diri daripada orang Filistin dan mereka mengalami kekalahan yang teruk sekali.+ Anak-anak tuan, Hofni dan Pinehas, telah mati.+ Tabut Tuhan yang benar juga telah dirampas.”+