-
Imamat 24:7-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Bubuhlah kemenyan putih yang tulen pada bahagian atas setiap longgokan roti itu. Kemudian bakarlah kemenyan putih itu sebagai tanda bahawa semua roti itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa.+ 8 Pada setiap hari Sabat, roti-roti mesti diletakkan di hadapan Aku, Yehuwa.+ Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal antara Aku dengan umat Israel. 9 Roti itu akan menjadi milik Harun dan anak-anak lelakinya.+ Mereka harus memakan roti itu di tempat yang suci,+ kerana roti itu diambil daripada korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Roti itu merupakan sesuatu yang sangat suci. Mereka haruslah sentiasa mematuhi perintah ini.”
-
-
Markus 2:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar dan kehabisan makanan?+ 26 Tidakkah kamu membaca kisah Ketua Imam Abiatar+ tentang bagaimana Daud memasuki rumah Tuhan,* memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+
-
-
Lukas 6:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan,* menerima dan memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+
-