-
1 Samuel 18:6-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Apabila Daud dan askar-askar Israel kembali daripada membunuh orang Filistin, para wanita akan keluar dari semua kota di Israel dengan nyanyian+ dan tarian untuk menyambut Raja Saul. Dengan penuh sukacita, mereka memainkan alat-alat muzik bertali dan tamborin.+ 7 Para wanita yang merayakan peristiwa itu bernyanyi,
“Saul membunuh beribu-ribu orang,
Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang.”+
8 Saul tidak suka akan lagu itu dan dia menjadi sangat marah.+ Dia berfikir, “Mereka berkata bahawa Daud telah membunuh berpuluh-puluh ribu orang, sedangkan beta hanya membunuh beribu-ribu orang. Tidak lama lagi mereka akan menjadikan dia raja!”+
-
-
1 Samuel 29:4, 5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Tetapi mereka marah dengan Akhis dan berkata kepadanya, “Suruhlah dia pulang ke tempat yang telah tuanku tetapkan baginya.+ Jangan benarkan dia pergi berperang bersama kita. Siapa tahu dia akan mengkhianati kita di medan perang,+ dan membunuh anak buah kita. Bukankah itu peluang keemasannya untuk menyenangkan hati tuannya? 5 Bukankah dia itu Daud yang dimaksudkan semasa mereka menari sambil bernyanyi:
‘Saul membunuh beribu-ribu orang,
Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang’?”+
-