-
2 Samuel 17:27-29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Sebaik sahaja Daud tiba di Mahanaim, dia disambut oleh Sobi anak Nahas dari Raba+ (kota orang Ammon), Makhir+ anak Amiel dari Lo-debar, dan Barzilai,+ orang Gilead dari Rogelim. 28 Mereka membawa tikar, kuali, periuk tembikar, dua jenis kacang yang berbeza, gandum, barli, tepung, biji-bijian yang sudah dipanggang, biji-bijian kering, 29 madu, mentega, biri-biri, dan keju. Mereka berkata, “Semua orang di padang belantara tentu lapar, letih, dan haus.”+ Oleh itu, mereka membawa semua makanan ini untuk Daud dan rombongannya.+
-