-
Yosua 21:34-39Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Daripada suku Zebulon,+ keluarga-keluarga dalam puak Merari,+ iaitu orang Lewi yang lain, menerima Yokneam+ dan padang rumputnya, Karta dan padang rumputnya, 35 Dimna dan padang rumputnya, serta Nahalal+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota.
36 Daripada suku Ruben: Bezer+ dan padang rumputnya, Yahas dan padang rumputnya,+ 37 Kedemot dan padang rumputnya, serta Mefaat dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota.
38 Daripada suku Gad:+ Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh, iaitu Ramot di Gilead,+ termasuk padang rumputnya, Mahanaim+ dan padang rumputnya, 39 Hesybon+ dan padang rumputnya, serta Yaezer+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota.
-