-
1 Tawarikh 28:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian Daud memberikan pelan menara+ kepada Salomo, dan juga pelan bilik-bilik, termasuk bilik stor, bilik di bumbung, bilik di bahagian dalam Rumah Tuhan, dan bilik tempat pengampunan dosa.*+ 12 Daud memberi Salomo semua pelan yang telah disingkapkan kepadanya menerusi kuasa suci Tuhan, iaitu pelan halaman Rumah Yehuwa,+ pelan bilik-bilik makan di sekelilingnya, pelan tempat penyimpanan harta rumah Tuhan yang benar, dan pelan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+
-
-
2 Tawarikh 31:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Dengan setia, orang terus membawa sumbangan-sumbangan, persepuluhan yang diwajibkan,+ dan benda-benda suci. Seorang lelaki Lewi yang bernama Konania telah ditugaskan untuk menguruskan sumbangan-sumbangan itu. Simei, saudaranya, ialah penolongnya.
-