-
1 Tawarikh 12:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Semasa Daud melarikan diri daripada Saul+ anak Kish, banyak orang pergi ke Ziklag+ untuk menyertai Daud. Mereka ialah para pahlawan gagah yang ingin membantu dia dalam peperangan.+ 2 Mereka bersenjatakan busur dan pandai memanah atau melontarkan batu dengan ali-ali,*+ baik dengan tangan kiri mahupun dengan tangan kanan.+ Mereka ialah saudara-mara Saul yang berasal daripada suku Benyamin.+
-