-
1 Tawarikh 16:41, 42Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Mereka disertai Heman, Yedutun,+ dan orang lain yang telah dipilih untuk mengucapkan syukur kepada Yehuwa,+ kerana “kasih setia-Nya kekal abadi.”+ 42 Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang.
-
-
2 Tawarikh 5:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Semua imam yang hadir, iaitu imam-imam daripada semua kumpulan, telah menyucikan diri mereka.+ Semasa para imam itu keluar dari tempat yang suci,+ 12 para penyanyi orang Lewi+ yang terdiri daripada Asaf,+ Heman,+ Yedutun,+ dan anak-anak lelaki mereka serta saudara-saudara mereka, sedang berdiri di sebelah timur mazbah. Mereka memakai pakaian yang bermutu tinggi, dan memegang simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi. Mereka juga disertai 120 orang imam lain yang meniup trompet.+
-
-
2 Tawarikh 35:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Para penyanyi, iaitu keturunan Asaf,+ bertugas di tempat masing-masing, seperti yang telah diperintahkan oleh Daud,+ Asaf,+ Heman, dan Yedutun,+ iaitu nabi yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan kepada raja. Para penjaga pintu pula mengawal di pintu-pintu gerbang.+ Mereka tidak perlu meninggalkan tugas mereka kerana saudara mereka, iaitu orang Lewi, telah membuat persediaan untuk mereka.
-