-
Bilangan 20:17, 18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Benarkanlah hamba semua melalui negeri tuanku. Hamba semua tidak akan melalui ladang atau kebun anggur tuanku, dan hamba semua tidak akan minum air dari mana-mana perigi tuanku. Hamba semua hanya akan berjalan melalui Jalan Raja dan tidak akan menyimpang ke kiri atau ke kanan, sehingga hamba semua keluar dari negeri tuanku.’”+
18 Tetapi raja Edom berkata, “Kamu tidak boleh melalui negeri beta! Jika kamu melalui negeri beta, beta akan menyerang kamu.”
-
-
Ulangan 2:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Jangan bermusuhan dengan mereka, kerana Aku tidak akan memberi kamu mana-mana bahagian daripada tanah mereka. Aku tidak akan memberikan setapak tanah pun daripada tanah mereka kepada kamu, kerana Aku sudah memberikan Gunung Seir kepada Esau sebagai warisannya.+
-
-
Ulangan 2:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Yehuwa berfirman lagi kepadaku, ‘Jangan bermusuhan atau berperang dengan orang Moab, yang merupakan keturunan Lot.+ Aku tidak akan memberi kamu mana-mana bahagian daripada tanah mereka, kerana Aku sudah memberikan Ar kepada mereka sebagai warisan mereka.
-
-
Ulangan 2:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Kamu akan tiba dekat kawasan orang Ammon, yang merupakan keturunan Lot, tetapi jangan ganggu atau bergaduh dengan mereka. Aku tidak akan memberi kamu mana-mana bahagian daripada tanah mereka, kerana Aku sudah memberikan tanah itu kepada mereka sebagai warisan mereka.+
-