-
Nehemia 10:28, 29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Orang lain, iaitu para imam, orang Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, hamba-hamba Rumah Tuhan,* dan semua orang yang telah memisahkan diri mereka daripada bangsa asing dan mematuhi Hukum Tuhan yang benar,+ bersama dengan anak isteri mereka, serta semua orang yang mempunyai pengetahuan dan pengertian,* 29 menyertai saudara-saudara mereka yang terkemuka, lalu mereka semua mengangkat sumpah. Mereka bersumpah bahawa mereka akan dikutuk jika mereka tidak mematuhi hukum, perintah, dan peraturan Yehuwa, Tuan kami, dan tidak hidup selaras dengan Hukum Tuhan, yang telah diberikan oleh Tuhan yang benar melalui hamba-Nya Musa.
-