-
Mazmur 41:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang lemah;+
Yehuwa akan menyelamatkannya pada masa kesusahan.
-
-
Lukas 6:34, 35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Selain itu, jika kamu memberikan pinjaman* kepada seseorang dengan harapan bahawa dia akan membayarnya kembali, patutkah kamu dipuji?+ Orang berdosa pun memberikan pinjaman kepada orang berdosa dengan harapan bahawa semua pinjaman itu akan dikembalikan. 35 Sebaliknya, teruslah mengasihi musuh kamu. Teruslah melakukan apa yang baik, dan teruslah memberikan pinjaman tanpa mengharapkan sebarang balasan.+ Dengan demikian, kamu akan mendapat ganjaran yang besar dan kamu akan menjadi anak-anak Tuhan Yang Maha Tinggi, kerana Dia baik hati bahkan terhadap orang yang tidak tahu bersyukur dan orang yang jahat.+
-