11 Tetapi sewaktu aku merenungkan segala perbuatanku dan segala pekerjaan yang telah aku usahakan dengan susah payah,+ aku sedar bahawa semuanya sia-sia seperti mengejar angin.+ Tiada apa-apa pun di bawah matahari yang benar-benar bernilai.*+
26 Sesungguhnya, apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?+ Biarpun seseorang menggadaikan segala yang dimilikinya, dapatkah dia menyelamatkan nyawa sendiri?+
27 Janganlah kamu bekerja untuk makanan yang akan basi, tetapi bekerjalah untuk mendapat makanan yang kekal dan yang membawa kehidupan kekal.+ Anak Manusia akan memberi kamu makanan ini, kerana dia sudah mendapat perkenan* Tuhan Bapa.”+