-
Keluaran 30:23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 “Ambillah juga bahan-bahan yang terbaik: Enam kilogram mur, tiga kilogram batang kayu manis, tiga kilogram rumput yang harum,*
-
-
Keluaran 30:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Kemudian, buatlah minyak suci daripada semua bahan ini. Bahan-bahan ini haruslah dicampurkan sebagaimana seorang tukang yang mahir akan mencampurkannya.+ Demikianlah caranya kamu membuat minyak suci.
-
-
Ester 2:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Setiap gadis diwajibkan untuk menerima rawatan kecantikan selama 12 bulan, iaitu enam bulan dengan minyak mur,+ dan enam bulan lagi dengan minyak balsam*+ dan pelbagai minyak* yang lain. Selepas selesai menjalani rawatan kecantikan itu, barulah mereka akan menghadap Raja Ahasweros mengikut giliran.
-
-
Mazmur 45:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Semua pakaian tuanku berbau mur, gaharu, dan kulit kayu manis;
Alat muzik bertali yang dimainkan di istana gading menggembirakan hati tuanku.
-
-
Kidung Agung 4:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Sebelum angin bertiup lembut dan bayang-bayang menghilang,
Aku akan pergi ke gunung mur
Dan naik ke bukit kemenyan putih.”+
-