-
Keluaran 34:6, 7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Yehuwa lalu di hadapan Musa dan berseru, “Akulah Yehuwa, Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan.+ Akulah Yehuwa, Tuhan yang tidak cepat murka.+ Aku berpegang pada kebenaran* dan menunjukkan kasih setia yang melimpah.+ 7 Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu generasi.+ Aku mengampunkan kesalahan dan dosa,+ tetapi Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah bebas daripada hukuman.+ Aku akan menghukum bapa-bapa kerana dosa mereka, dan hukuman ini akan turut menimpa anak-anak dan cucu-cicit mereka, sehingga generasi yang ketiga dan keempat.”+
-
-
Bilangan 14:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 ‘Akulah Yehuwa, Tuhan yang tidak cepat murka. Aku menunjukkan kesetiaan dan kasih yang besar.+ Aku mengampunkan kesalahan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah bebas daripada hukuman. Aku akan menghukum bapa-bapa kerana dosa mereka, dan hukuman ini akan turut menimpa anak-anak dan cucu-cicit mereka, sehingga generasi yang ketiga dan keempat.’+
-