-
2 Raja-Raja 17:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.”
-
-
Yeremia 18:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 “Sekarang, katakanlah kepada orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku sedang bersedia untuk mendatangkan malapetaka atas kamu dan merancang untuk membinasakan kamu. Berpalinglah daripada haluan jahat kamu, dan ubahlah cara hidup dan amalan kamu.”’”+
-
-
Yeremia 35:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Aku selalu mengutus semua hamba-Ku, iaitu para nabi, kepada kamu. Aku berkali-kali menyuruh mereka berkata kepada kamu,+ ‘Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat,+ dan buatlah apa yang baik! Janganlah pergi kepada tuhan-tuhan lain dan menyembah tuhan-tuhan itu, agar kamu dapat terus menetap di negeri yang telah Aku berikan kepada kamu dan nenek moyang kamu.’+ Tetapi kamu menutup telinga kamu dan tidak mahu mendengar.
-
-
Yehezkiel 18:30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 “‘Hai orang Israel, Aku akan mengadili setiap orang berdasarkan perbuatannya,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Bertaubatlah, ya, bertaubatlah daripada semua kesalahan kamu supaya hal-hal itu tidak menjadi batu sandungan yang membuat kamu berdosa.
-
-
Yehezkiel 33:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Jawablah mereka, “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa Aku tidak suka melihat orang jahat mati.+ Sebaliknya Aku ingin agar orang jahat mengubah haluannya+ dan terus hidup.+ Hai orang Israel, bertaubatlah! Bertaubatlah dan tinggalkanlah haluan jahatmu.+ Mengapakah kamu mahu mengundang maut?”’+
-