-
Ulangan 28:54-57Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
54 “Lelaki yang biasa hidup dalam kemewahan dan yang bersikap lemah lembut pun tidak akan berbelas kasihan terhadap saudaranya, isteri yang dikasihinya, atau anak-anaknya yang masih hidup. 55 Dia akan memakan anaknya sendiri dan tidak akan membahagikannya dengan sesiapa pun kerana dia tidak mempunyai makanan lain, dan kerana dia sangat menderita akibat serangan musuh terhadap kota-kota kamu.+ 56 Wanita yang bersikap lemah lembut dan yang biasa hidup dalam kemewahan, sehingga tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah,+ tidak akan berbelas kasihan terhadap suami yang dikasihinya atau anak-anaknya. 57 Secara sembunyi-sembunyi, dia akan memakan anaknya sendiri dan bahkan uri bayinya,* kerana dia sangat menderita akibat serangan musuh terhadap kota-kota kamu.
-