-
Ester 8:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Tetapi surat perintah yang telah ditulis atas nama beta dan dimeterai dengan cincin mohor beta tidak boleh dibatalkan.+ Namun begitu, beta membenarkan kamu menulis apa sahaja yang kamu inginkan bagi pihak orang Yahudi. Kamu boleh menulis surat itu atas nama beta, dan memeterai surat itu dengan cincin mohor beta.”
-
-
Daniel 6:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Semua pegawai diraja, penguasa, ketua gabenor wilayah, pegawai tinggi, dan gabenor telah berbincang dan bersetuju bahawa satu perintah harus dikeluarkan dan satu larangan patut dikuatkuasakan. Jadi tuanku, perintahkanlah bahawa selama 30 hari, tiada seorang pun yang boleh meminta apa-apa daripada dewa atau manusia, kecuali daripada tuanku. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dibuang ke dalam gua singa.+ 8 Kami memohon agar tuanku mengeluarkan perintah itu dan menandatanganinya+ supaya perintah itu tidak dapat diubah, sesuai dengan undang-undang orang Media dan Persia, yang tidak dapat dibatalkan.”+
-