-
Daniel 8:23, 24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 “Pada akhir pemerintahan mereka, iaitu apabila kejahatan sudah memuncak, akan muncul seorang raja yang berwajah garang dan yang memahami kata-kata tersirat.* 24 Dia akan menjadi kuat, tetapi bukan dengan kuasanya sendiri. Dia membawa kemusnahan yang mengerikan,* dan apa yang dilakukannya akan berjaya. Dia akan memusnahkan orang yang berkuasa dan umat yang suci.+
-
-
Daniel 12:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Lelaki yang berdiri di atas air sungai itu mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, lalu dia bersumpah demi Tuhan yang hidup selama-lamanya.+ Aku mendengar dia berkata, “Semua ini akan berlangsung pada waktu yang telah ditentukan, iaitu satu waktu, dua waktu, dan setengah waktu.* Sebaik sahaja kuasa umat suci dihancurkan,+ semua hal ini akan berakhir.”
-