-
Daniel 4:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 “‘Itulah mimpi beta. Wahai Beltesazar, beritahulah beta erti mimpi ini kerana tiada orang bijaksana dalam kerajaan beta yang dapat menjelaskan ertinya.+ Tetapi kamu dapat melakukannya kerana kuasa dewa dewi yang suci ada padamu.’
-
-
Daniel 5:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Dalam kerajaan tuanku, ada seorang lelaki yang memiliki kuasa dewa dewi yang suci. Ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar, telah melantiknya sebagai ketua kepada tukang tilik, orang Kasdim,* ahli nujum,+ dan imam yang mengamalkan ilmu sihir. Ya, ayahanda tuanku telah berbuat demikian kerana semasa pemerintahannya, lelaki itu memiliki pengetahuan, pemahaman, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan dewa dewi.+ 12 Lelaki itu ialah Daniel, yang dinamakan Beltesazar+ oleh raja. Dia memiliki kebijaksanaan dan kebolehan yang luar biasa serta mempunyai pengetahuan dan pemahaman. Dia dapat mentafsirkan mimpi, menjelaskan teka-teki, dan menyelesaikan masalah yang rumit.*+ Panggillah Daniel, dan dia akan memberitahu tuanku erti tulisan itu.”
-