-
Markus 2:21, 22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Tiada orang yang mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama. Jika dia berbuat demikian, kain baharu itu akan mengecut dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar pada pakaian lama itu.+ 22 Demikian juga, orang tidak akan menyimpan wain baharu di dalam kirbat lama. Jika dia berbuat demikian, kirbat akan pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun tidak dapat digunakan lagi. Sebaliknya orang selalu menyimpan wain baharu di dalam kirbat baharu.”
-
-
Lukas 5:36-39Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
36 Dia juga memberi mereka satu perumpamaan: “Tiada orang yang mengambil kain daripada pakaian baharu untuk menampal pakaian yang lama. Jika dia berbuat demikian, kain penampal itu akan terkoyak daripada pakaian yang lama. Lagipun, kain penampal daripada pakaian baharu tidak padan dengan pakaian lama.+ 37 Tambahan lagi, tiada orang yang menyimpan wain baharu di dalam kirbat lama. Jika dia berbuat demikian, wain baharu akan menyebabkan kirbat pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun rosak. 38 Sebaliknya, wain baharu mesti disimpan di dalam kirbat baharu. 39 Tiada orang yang sudah minum wain lama ingin minum wain baharu, kerana dia berkata, ‘Wain lama bagus.’”
-