-
Lukas 22:28-30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 “Walau bagaimanapun, semasa aku menghadapi cubaan,+ kamu sentiasa bersama-samaku.+ 29 Sebagaimana Bapaku telah membuat perjanjian dengan aku untuk memberi aku sebuah kerajaan, aku juga membuat perjanjian dengan kamu+ 30 supaya kamu dapat makan minum di mejaku dalam Kerajaanku,+ dan duduk di atas takhta+ untuk menghakimi 12 suku Israel.+
-
-
1 Korintus 6:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Tidakkah kamu tahu bahawa umat suci Tuhan akan menghakimi dunia?+ Jika kamulah yang akan menghakimi dunia, tidakkah kamu layak untuk mengadili hal-hal yang begitu kecil?
-
-
Wahyu 20:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Aku nampak takhta-takhta, dan orang yang duduk di atasnya diberi kuasa untuk menghakimi. Ya, aku nampak orang* yang dibunuh* kerana memberikan kesaksian tentang Yesus dan kerana menyampaikan perkhabaran tentang Tuhan. Aku juga nampak orang yang tidak menyembah binatang buas atau patungnya, yang tidak menerima tanda pada dahi atau tangan mereka.+ Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama Kristus+ selama 1,000 tahun.
-