PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 12:13-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kemudian mereka mengutus beberapa orang Farisi dan pengikut Herodes untuk memerangkap Yesus berdasarkan kata-kata yang diucapkannya.+ 14 Apabila mereka tiba, mereka berkata, “Guru, kami tahu bahawa Guru jujur dan tidak pilih kasih. Guru tidak menghakimi seseorang berdasarkan penampilannya tetapi mengajarkan jalan Tuhan berdasarkan kebenaran. Jadi, patutkah kita membayar cukai kepala kepada Kaisar?”* 15 Yesus tahu bahawa mereka berniat jahat, jadi dia berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu menguji aku? Tunjukkanlah satu denari* kepadaku.” 16 Mereka pun membawa satu denari kepadanya. Maka dia bertanya kepada mereka, “Muka dan gelaran siapakah ini?” Mereka menjawab, “Kaisar.” 17 Yesus berkata, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar,+ tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”+ Mereka sangat kagum terhadap Yesus.

  • Lukas 20:20-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Jadi, mereka memperhatikannya dengan cermat. Kemudian, secara diam-diam, mereka mengupah orang untuk berpura-pura ikhlas supaya mereka dapat memerangkap Yesus berdasarkan kata-kata yang diucapkannya.+ Dengan demikian mereka dapat menyerahkannya kepada pemerintah dan gabenor.* 21 Orang yang diupah itu bertanya kepada Yesus, “Guru, kami tahu bahawa Guru sentiasa mengatakan dan mengajarkan apa yang betul. Guru tidak pilih kasih dan Guru mengajarkan jalan Tuhan berdasarkan kebenaran. 22 Jadi, patutkah kita membayar cukai kepada Kaisar?” 23 Yesus mengetahui muslihat di sebalik kata-kata mereka. Maka dia berkata, 24 “Tunjukkanlah satu denari* kepadaku. Muka dan gelaran siapakah ini?” Mereka menjawab, “Kaisar.” 25 Dia berkata kepada mereka, “Maka, berikanlah milik Kaisar+ kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”+ 26 Mereka tidak dapat memerangkap Yesus di depan khalayak ramai. Mereka sangat kagum dengan jawapannya, maka mereka diam sahaja.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi