-
Kejadian 7:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Nuh dan isterinya, bersama dengan anak-anaknya dan isteri-isteri mereka, masuk ke dalam bahtera sebelum banjir berlaku.+
-
-
Ibrani 11:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kerana beriman, selepas Nuh+ mendapat amaran daripada Tuhan tentang perkara-perkara yang belum kelihatan,+ dia memperlihatkan rasa takut akan Tuhan dan membina sebuah bahtera+ untuk menyelamatkan rumah tangganya. Melalui imannya, Nuh menunjukkan bahawa dunia ini patut dihukum,+ dan kerana imannya, dia dinyatakan sebagai seorang yang mendapat perkenan Tuhan.
-
-
1 Petrus 3:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Dalam keadaan itulah dia pergi dan menyampaikan perkhabaran* kepada roh-roh di penjara,+ 20 yang dahulunya ingkar pada zaman Nuh.+ Pada masa itu, semasa bahtera dibina,+ Tuhan menanti dengan sabar. Bahtera itu membawa beberapa orang, iaitu lapan orang,* supaya mereka selamat mengharungi air bah.+
-