-
Matius 8:24-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Tiba-tiba, ribut kencang bertiup di tasik dan perahu mereka dipukul ombak sehingga hampir tenggelam. Tetapi Yesus masih tidur.+ 25 Oleh itu, mereka mengejutkannya daripada tidur dan berkata, “Tuan, selamatkanlah kami! Kami hampir mati!” 26 Tetapi dia berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu begitu takut? Alangkah lemahnya iman kamu!”+ Yesus pun bangun lalu menegur angin dan tasik. Dalam sekelip mata, keadaan tasik menjadi tenang sekali.+ 27 Para pengikut Yesus hairan lalu berkata, “Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun mematuhinya.”
-
-
Lukas 8:23-25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Semasa mereka belayar, Yesus tertidur. Tiba-tiba, angin ribut yang kencang melanda tasik itu. Perahu itu mula dipenuhi air sehingga mereka berada dalam bahaya.+ 24 Oleh itu mereka pergi membangunkannya dan berkata, “Guru! Guru! Kami hampir mati!” Maka dia bangun lalu menegur angin dan air yang bergelora. Kemudian ribut itu pun reda dan keadaan menjadi tenang semula.+ 25 Kemudian dia berkata kepada mereka, “Di manakah iman kamu?” Tetapi mereka diselubungi rasa takut dan kagum. Mereka berkata kepada satu sama lain, “Siapakah sebenarnya orang ini? Angin dan air pun mematuhinya.”+
-