-
Lukas 4:31-37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Kemudian dia pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea dan mengajar orang di situ pada hari Sabat.+ 32 Mereka sangat kagum dengan cara dia mengajar+ kerana dia bercakap dengan penuh kewibawaan. 33 Di rumah ibadat itu ada seorang lelaki yang dirasuk roh jahat. Dia berteriak dengan kuat,+ 34 “Apa kena-mengena kami denganmu, hai Yesus orang Nasaret?+ Adakah kamu datang untuk membinasakan kami? Aku tahu siapa kamu. Kamu Hamba Suci Tuhan.”+ 35 Yesus menegur roh jahat itu dan berkata, “Diamlah dan keluarlah daripada lelaki ini!” Selepas menghempaskan lelaki itu di tengah-tengah mereka, roh itu keluar tanpa mencederakannya. 36 Semua orang di situ hairan dan mula berbincang sesama sendiri. Mereka berkata, “Kata-katanya sungguh berwibawa dan berkuasa! Roh-roh jahat pun keluar atas perintahnya.” 37 Maka berita tentang Yesus tersebar ke seluruh pelosok daerah itu.
-