-
Matius 8:28, 29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Apabila dia tiba di seberang tasik di kawasan Gadara, dua orang lelaki yang dirasuk roh-roh jahat datang dari kuburan* dan berjalan ke arahnya.+ Mereka begitu ganas sehingga tiada sesiapa pun yang berani lalu di jalan itu. 29 Mereka berteriak, “Hai Anak Tuhan, apa kena-mengena kami dengan kamu?+ Adakah kamu datang untuk menyeksa kami+ sebelum waktu yang ditetapkan?”+
-
-
Markus 5:2-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Sebaik sahaja Yesus keluar dari perahu, seorang lelaki yang dirasuk roh jahat datang dari kuburan* dan berjalan ke arahnya. 3 Dia tinggal di kawasan kubur, dan sehingga masa itu tiada orang yang berjaya membelenggunya walaupun dengan rantai. 4 Sudah banyak kali orang merantai tangannya dan membelenggu kakinya, tetapi dia memutuskan rantai dan meremukkan belenggu itu. Tiada orang yang cukup kuat untuk menahannya. 5 Siang malam dia menjerit-jerit di kuburan dan di pergunungan, dan melukai dirinya dengan batu. 6 Apabila dia nampak Yesus dari jauh, dia berlari dan bersujud di hadapannya.+ 7 Kemudian dia menjerit dengan suara yang lantang, “Hai Yesus, Anak Tuhan Yang Maha Tinggi, apa kena-mengena aku dengan kamu? Bersumpahlah demi Tuhan bahawa kamu tidak akan menyeksa aku.”+ 8 Hal itu demikian kerana Yesus telah menyuruhnya, “Roh jahat, keluarlah daripada lelaki ini!”+ 9 Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah nama kamu?” Lalu roh jahat itu menjawab, “Nama aku Legiun* kerana bilangan kami banyak sekali.” 10 Dia memohon berkali-kali agar Yesus tidak menghalau mereka keluar dari kawasan itu.+
-