-
Matius 9:20-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Seorang wanita yang menderita masalah pendarahan+ selama 12 tahun menghampiri Yesus dari belakang dan menyentuh hujung jubah luarnya.+ 21 Wanita itu asyik berkata dalam hatinya, “Jika aku menyentuh jubah luarnya, aku pasti sembuh.” 22 Yesus berpaling dan memandang dia lalu berkata, “Teguhkanlah hatimu, hai anakku! Kamu sembuh kerana kamu beriman.”+ Pada waktu itu juga, wanita itu sembuh.+
-
-
Markus 5:25-29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Di situ ada seorang wanita yang menderita masalah pendarahan+ selama 12 tahun.+ 26 Dia sudah banyak menderita semasa dirawat oleh banyak doktor dan telah menghabiskan semua wangnya. Namun begitu dia tidak sembuh, malah keadaannya bertambah parah. 27 Semasa wanita itu mendengar apa yang dikatakan orang tentang Yesus, dia berjalan di antara orang ramai dan menghampiri Yesus dari belakang lalu menyentuh jubah luarnya.+ 28 Wanita itu asyik berkata, “Jika aku menyentuh jubah luarnya, aku pasti sembuh.”+ 29 Dengan serta-merta, pendarahannya berhenti, dan wanita itu mendapati bahawa tubuhnya sudah sembuh daripada penyakit yang teruk itu.
-