-
Markus 5:30-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Pada saat itu juga, Yesus sedar bahawa ada kuasa+ yang keluar daripadanya, lalu dia berpaling kepada orang ramai dan bertanya, “Siapakah yang menyentuh jubah luarku?”+ 31 Tetapi murid-muridnya berkata, “Orang ramai sedang menghimpit Guru. Jadi mengapa Guru bertanya, ‘Siapakah yang menyentuh aku?’” 32 Yesus memandang di sekelilingnya untuk melihat siapa yang menyentuhnya. 33 Wanita itu tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya, jadi dia berasa takut dan gementar. Dia bersujud di depan Yesus dan memberitahunya segala-gala yang berlaku. 34 Yesus berkata kepada wanita itu, “Hai anakku, kamu sembuh kerana kamu beriman. Pergilah dengan damai+ dan sembuhlah daripada penyakitmu yang teruk itu.”+
-