-
Imamat 14:2-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 “Inilah peraturan yang harus dipatuhi oleh pesakit kusta pada hari penyuciannya. Orang itu mesti dibawa menghadap imam.+ 3 Imam harus pergi ke luar perkhemahan dan memeriksa orang itu. Jika orang itu sudah sembuh daripada penyakit kusta, 4 imam akan menyuruhnya untuk membawa dua ekor burung yang tidak haram, sepotong kayu sedar, benang merah, dan seikat rumput hisop untuk upacara penyuciannya.+
-
-
Matius 8:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!”+ Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 4 Selepas itu, Yesus berkata kepadanya, “Jangan beritahu orang lain tentang hal ini.+ Pergilah berjumpa dengan imam.+ Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”
-
-
Lukas 5:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!” Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 14 Kemudian Yesus melarang lelaki itu memberitahu sesiapa pun tentang hal tersebut. Dia juga berkata, “Pergilah berjumpa dengan imam, dan persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+
-