25 Hai para suami, teruslah mengasihi isteri kamu,+ sebagaimana Kristus mengasihi sidang dan menyerahkan dirinya untuk sidang.+26 Dia berbuat demikian supaya dia dapat menyucikan sidang dan membersihkannya dengan air, iaitu firman Tuhan.+
23 Semoga Tuhan yang memberikan kedamaian menyucikan kamu semua dengan sepenuhnya. Saudara-saudara, semoga sikap, jiwa,* dan tubuh kamu, tetap murni dan tidak bercela dalam segala hal pada waktu kehadiran Tuan Yesus Kristus.+
13 Saudara-saudara yang dikasihi oleh Yehuwa,* kami mesti sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk kamu, kerana sejak awal-awal lagi, Tuhan telah memilih kamu+ untuk diselamatkan dengan menyucikan kamu+ melalui kuasa suci-Nya.* Dia memilih kamu kerana kamu beriman kepada kebenaran.
22 Memandangkan kamu patuh kepada kebenaran, kamu sudah menyucikan diri. Hasilnya, kamu memiliki kasih sayang yang ikhlas terhadap satu sama lain.+ Oleh itu, kasihilah satu sama lain dengan mendalam daripada hati kamu.+