-
Lukas 2:29-32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 “Tuhan Yang Berdaulat, sekarang hamba-Mu dapat mati dengan tenteram.+ Seperti yang Engkau firmankan, 30 mataku sudah melihat Penyelamat+ yang datang daripada-Mu, 31 yang telah Engkau sediakan di hadapan semua orang.+ 32 Dialah cahaya+ yang akan menyingkirkan selubung bangsa-bangsa+ dan membawa kemuliaan kepada umat-Mu Israel.”
-
-
Kisah 18:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Apabila Silas+ dan Timotius+ tiba dari Makedonia, Paulus menggunakan seluruh masanya untuk mengkhabarkan firman Tuhan. Dia memberikan kesaksian kepada orang Yahudi untuk membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus.+ 6 Tetapi mereka terus menentang dan mencemuh Paulus. Oleh itu, Paulus mengebaskan pakaiannya+ dan berkata, “Aku tidak bertanggungjawab jika kamu tidak diselamatkan.+ Kamu sendirilah yang bertanggungjawab.+ Mulai sekarang, aku akan pergi kepada orang daripada bangsa lain.”+
-