PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 12:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Yehuwa berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, sanak saudaramu, dan rumah bapamu, dan pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.+ 2 Aku akan membuat keturunanmu menjadi bangsa yang besar dan Aku akan memberkati engkau. Aku akan membuat namamu termasyhur, dan engkau akan membawa berkat kepada orang lain.+ 3 Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang yang mengutuk engkau.+ Melalui engkau, semua bangsa di bumi pasti akan diberkati.”*+

  • Kejadian 12:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Yehuwa menampakkan diri kepada Abram dan berfirman, “Aku akan memberikan negeri ini+ kepada keturunanmu.”+ Maka dia membina sebuah mazbah di sana untuk Yehuwa, yang menampakkan diri kepadanya.

  • Kejadian 13:14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Selepas Lot berpisah dengan Abram, Yehuwa berfirman kepada Abram, “Dari tempat engkau berada, pandanglah ke arah utara dan selatan, timur dan barat. 15 Seluruh tanah yang engkau lihat itu akan Aku berikan kepadamu dan keturunanmu. Tanah itu akan sentiasa menjadi milik kamu.+

  • Kejadian 17:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Aku akan melaksanakan perjanjian yang telah Aku buat denganmu+ dan dengan semua keturunanmu.* Perjanjian-Ku akan kekal buat selama-lamanya. Aku akan menjadi Tuhanmu dan Tuhan keturunanmu.

  • Kejadian 22:17, 18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Aku pasti akan memberkati engkau. Aku akan melipatgandakan keturunanmu sehingga mereka menjadi banyak seperti bintang-bintang di langit dan pasir di pantai,+ dan keturunanmu akan menguasai kota-kota* musuh.+ 18 Melalui keturunanmu,+ semua bangsa di bumi akan meraih berkat,* kerana engkau telah mendengar kata-kata-Ku.’”+

  • Kejadian 24:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Tuhan Yehuwa yang berkuasa atas syurga telah membawa aku ke sini dari rumah bapaku dan dari tempat saudara-maraku.+ Dia telah bersumpah kepadaku dan berfirman,+ ‘Aku akan memberikan negeri ini+ kepada keturunanmu.’+ Dia akan mengutus malaikat-Nya di hadapanmu,+ dan kamu pasti dapat mencari seorang isteri untuk anakku di sana.+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi