Satu Samuel
31 Orang Filistin berperang dengan orang Israel,+ dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul, dan dia cedera parah kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal,+ dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu mati bersama Saul. 6 Demikianlah Saul, tiga orang anak lelakinya, askar yang membawa senjatanya, dan semua askarnya meninggal pada hari itu.+ 7 Apabila orang Israel yang tinggal di kawasan lembah* dan di kawasan Sungai Yordan nampak bahawa orang Israel telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri.+ Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.
8 Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat tiga orang anak lelakinya di Gunung Gilboa.+ 9 Maka mereka memenggal kepala Saul lalu menanggalkan baju zirahnya.* Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu+ di kuil-kuil berhala.+ Mereka juga menyampaikan berita itu kepada seluruh rakyat. 10 Kemudian mereka meletakkan baju zirah Saul di kuil Asytoret dan menggantungkan mayatnya pada tembok kota Bet-sean.+ 11 Penduduk di Yabes-gilead+ mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul. 12 Maka pahlawan-pahlawan mereka berjalan sepanjang malam ke kota Bet-sean. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya dari tembok kota itu. Kemudian mereka kembali ke Yabes dan membakar mayat-mayat itu. 13 Setelah itu, mereka mengambil dan menanam tulang-tulang itu+ di bawah sebatang pokok* di Yabes,+ dan mereka berpuasa selama tujuh hari.