Mazmur
Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.
92 Betapa bagusnya untuk bersyukur kepada-Mu, ya Yehuwa,+
Dan menyanyikan lagu untuk memuji* nama-Mu, ya Tuhan Yang Maha Tinggi.
2 Betapa bagusnya untuk menghebahkan kasih setia-Mu+ pada waktu pagi,
Dan kesetiaan-Mu pada waktu malam,
3 Diiringi alat muzik bertali,*
Serta irama lunak daripada kecapi.+
4 Ya Yehuwa, aku gembira kerana perbuatan-Mu.
Aku bersorak dengan gembira kerana karya tangan-Mu.
5 Betapa hebatnya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+
Betapa dalamnya fikiran-Mu!+
6 Orang yang tidak berakal tidak dapat mengertinya,
Dan orang yang bodoh tidak dapat memahami hal ini:+
7 Meskipun orang jahat tumbuh subur seperti lalang*
Dan semua orang yang melakukan kejahatan hidup makmur,
Akhirnya mereka akan dibinasakan buat selama-lamanya.+
8 Tetapi ya Yehuwa, Engkau diagungkan buat selama-lamanya.
9 Lihatlah kekalahan musuh-musuh-Mu, ya Yehuwa.
Lihatlah bagaimana mereka akan binasa.
Semua orang yang melakukan kejahatan akan dicerai-beraikan.+
10 Tetapi Engkau akan menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar.
Aku akan menyapu minyak yang baharu pada kulitku.+
11 Mataku akan melihat kekalahan musuh-musuhku.+
Telingaku akan mendengar tentang kejatuhan orang jahat yang telah menyerangku.
12 Tetapi orang baik akan hidup subur seperti pokok palma,
Dan bertumbuh besar seperti pokok sedar di Lebanon.+
13 Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah Yehuwa.
Mereka bertumbuh subur di halaman-halaman Rumah Tuhan kita.+
14 Mereka akan tetap bertumbuh subur bahkan pada masa tua.+
Mereka akan sentiasa kuat* dan segar,+
15 Dan menghebahkan bahawa Yehuwa memang adil.
Ya, Dialah Gunung Batuku,+ dan tidak ada kejahatan pada-Nya.