Amos
4 “Dengarlah hai kaum wanita yang tinggal di pergunungan Samaria.+
Kamu menggemukkan diri sehingga menjadi seperti lembu-lembu di Basan.
Kamu menipu orang yang lemah+ dan menindas orang yang miskin.
Kamu berkata kepada suami kamu, ‘Bawalah minuman keras untuk kami minum!’
2 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat dan Tuhan yang suci, telah bersumpah,
‘Akan tiba masanya kamu diheret dengan cangkuk daging,
Dan yang lain akan ditarik dengan mata kail.
3 Kamu akan dibawa melalui celah-celah tembok yang ada di hadapan kamu masing-masing,
Lalu kamu akan dilempar keluar ke Harmon. Aku, Yehuwa, telah berfirman.’
4 ‘Pergilah ke Bethel dan buatlah dosa* di sana,+
Pergilah ke Gilgal dan buatlah lebih banyak dosa di sana!+
5 Persembahkanlah roti beragi sebagai korban kesyukuran,+
Dan umumkanlah sumbangan sukarela yang kamu berikan,
Kerana bukankah hal itu yang kamu suka lakukan, hai umat Israel?’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
6 ‘Aku telah menyebabkan setiap rumah kekurangan makanan;
Ya, Aku telah mendatangkan kebuluran di setiap kota kamu.+
Namun, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
7 ‘Aku telah mencegah hujan turun biarpun musim menuai akan tiba dalam masa tiga bulan lagi;+
Aku menurunkan hujan di sebuah kota tetapi tidak menurunkannya di kota yang lain.
Sebuah ladang mendapat curahan hujan,
Tetapi ladang yang lain menjadi gersang kerana tiada hujan.
8 Di beberapa buah kota, penduduknya kehausan sehingga pergi mencari air di kota lain,+
Tetapi air di sana tidak cukup.
Meskipun begitu, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
9 ‘Kamu memperbanyak kebun dan ladang anggur kamu,+
Tetapi Aku telah mendatangkan angin panas dan kulapuk kepada tanaman kamu.
Belalang juta telah memakan habis pokok ara dan pokok zaitun kamu.+
Namun demikian, kamu masih tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
10 ‘Aku mengirim wabak penyakit kepada kamu seperti yang telah Aku kirim ke Mesir.+
Aku membunuh orang muda kamu+ dengan pedang dan menangkap semua kuda kamu.+
Aku menyebabkan perkhemahan kamu diselubungi bau busuk yang menusuk hidung.+
Walaupun begitu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,’ firman Yehuwa.
11 ‘Aku menghancurkan negeri kamu,
Seperti yang telah Aku lakukan terhadap Sodom dan Gomora.+
Orang dalam kalangan kamu yang terselamat bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api.
Namun begitu, kamu tetap tidak mahu kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
12 ‘Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan menghukum kamu sekali lagi.
Hai umat Israel, bersedialah untuk menghadap Aku, Tuhan kamu,
Kerana Aku akan menjatuhkan hukuman kepada kamu.’