Dua Tawarikh
8 Salomo mengambil masa 20 tahun untuk membina Rumah Yehuwa dan istananya.+ 2 Dia membina semula kota-kota yang diberikan oleh Hiram+ kepadanya lalu menyuruh orang Israel tinggal di situ. 3 Selain itu, Salomo pergi ke Hamat-zoba dan menawannya. 4 Kemudian dia mengukuhkan* Tadmor yang terletak di padang belantara, dan semua kota tempat penyimpanan bekalan+ yang telah dibinanya di Hamat.+ 5 Dia juga mengukuhkan Bet-horon Hulu+ dan Bet-horon Hilir+ dengan membina tembok, pintu gerbang, dan palang di situ. 6 Seterusnya dia mengukuhkan Baalat,+ semua kota tempat penyimpanan bekalan dan kereta kuda,+ dan kota untuk pasukan askar berkuda. Akhirnya, segala yang ingin dibina oleh Salomo di Yerusalem, di Lebanon, dan di seluruh kawasan pemerintahannya telah disiapkan.
7 Berkenaan semua orang Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebus+ yang masih ada, mereka bukan sebahagian daripada bangsa Israel.+ 8 Keturunan mereka yang tinggal di Israel, yang tidak dibunuh oleh orang Israel,+ diwajibkan untuk bekerja sebagai hamba Salomo sehingga hari ini.+ 9 Namun Salomo tidak mewajibkan seorang pun daripada bangsa Israel untuk menjadi hambanya.+ Sebaliknya, mereka dijadikan pahlawan, ketua pegawai tentera, ketua pemandu kereta kuda, dan ketua pasukan askar berkuda.+ 10 Terdapat 250 orang ketua pembesar yang bertugas sebagai mandur untuk mengawasi pekerja-pekerja Raja Salomo.+
11 Salomo juga membawa puteri Firaun*+ dari Kota Daud ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya.+ Hal ini demikian kerana Salomo berkata, “Meskipun dia isteri beta, dia tidak boleh tinggal di istana Daud, raja Israel, kerana di mana sahaja tabut Yehuwa pernah diletakkan, tempat itu suci.”+
12 Kemudian Salomo mempersembahkan korban-korban bakar+ kepada Yehuwa di mazbah+ Yehuwa yang telah didirikannya di depan anjung Rumah Tuhan.+ 13 Setiap hari, dia mempersembahkan korban-korban yang wajib dipersembahkan. Dia juga berbuat demikian pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan tiga perayaan tahunan,+ iaitu Perayaan Roti Tidak Beragi,+ Perayaan Menuai,+ dan Perayaan Pondok Daun,+ sesuai dengan perintah Musa. 14 Salomo mengikut apa yang telah ditetapkan oleh bapanya Daud. Dia membahagikan para imam kepada beberapa kumpulan+ untuk menjalankan tugas mereka. Dia juga menugaskan orang Lewi untuk memuji+ Tuhan dan berkhidmat di hadapan para imam setiap hari. Kemudian dia membahagikan para pengawal kepada beberapa kumpulan dan menyuruh mereka untuk menjaga setiap pintu gerbang mengikut giliran kumpulan masing-masing.+ Salomo melakukan semua ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Daud, hamba Tuhan yang benar. 15 Semua perintah raja kepada para imam dan orang Lewi tentang gudang-gudang dan hal-hal lain, telah dituruti dengan sepenuhnya. 16 Semua rancangan Salomo dilaksanakan dengan teratur,* dari waktu asas Rumah Yehuwa diletakkan+ sehinggalah pembinaan rumah itu selesai. Demikianlah Rumah Yehuwa selesai dibina.+
17 Kemudian Salomo pergi ke Ezion-geber+ dan Elot,+ di persisiran pantai tanah Edom.+ 18 Hiram+ menghantar kapal-kapal kepada Salomo. Dia juga mengutus hamba-hambanya dan anak-anak kapalnya yang berpengalaman kepada Salomo. Mereka belayar ke Ofir+ bersama dengan hamba-hamba Salomo dan mengambil 450 talenta* emas+ dari sana untuk diberikan kepada Raja Salomo.+