Mazmur
Mazmur yang digubah oleh Daud.
א [Alef]
37 Janganlah marah kerana orang jahat;
Janganlah iri hati terhadap pendosa.+
2 Mereka akan segera lenyap seperti rumput,+
Dan layu seperti tumbuhan hijau.
ב [Bet]
4 Carilah kebahagiaan* yang datang daripada Yehuwa,
Lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu.
ג [Gimel]
6 Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya pada waktu fajar,
Dan Dia akan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
ד [Dalet]
7 Nantikanlah Yehuwa dengan sabar,+
Dan berdiam dirilah di hadapan-Nya.
Apabila rancangan orang jahat berjaya,
Janganlah marah kerana hal itu.+
ה [He]
8 Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu;+
Janganlah menjadi panas hati dan janganlah berbuat jahat,*
9 Kerana orang jahat akan dilenyapkan.+
Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan mewarisi bumi.+
ו [Waw]
10 Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan;+
Kamu akan mencari mereka,
Tetapi mereka tidak akan dijumpai.+
11 Orang yang rendah hati akan memiliki bumi,+
Dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.+
ז [Zayin]
12 Orang jahat berkomplot menentang orang baik;+
Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadap orang baik.
13 Tetapi Yehuwa akan mentertawakan mereka,
Kerana Dia tahu bahawa kesudahan mereka sudah dekat.+
ח [Het]
14 Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busur
Untuk menyerang orang yang miskin dan orang yang ditindas;
Mereka ingin membunuh orang yang mengikut haluan yang benar.
15 Tetapi pedang mereka akan menembusi hati mereka sendiri,+
Dan semua busur mereka akan dipatahkan.
ט [Tet]
16 Biarpun orang baik tidak mempunyai banyak harta,
Keadaan mereka lebih baik daripada orang jahat yang hidup mewah,+
17 Kerana kuasa orang jahat akan dilenyapkan.
Namun Yehuwa akan menyokong orang baik.
י [Yod]
18 Yehuwa sedar akan apa yang dialami oleh orang yang tidak bercela;
Dia akan memberi mereka warisan yang kekal selama-lamanya.+
19 Mereka tidak akan dimalukan pada masa kesusahan;
Mereka akan mempunyai makanan yang banyak pada waktu kebuluran.
כ [Kap]
20 Tetapi orang jahat akan dimusnahkan;+
Biarpun musuh Yehuwa seperti padang rumput yang indah,
Mereka semua akan lenyap dan hilang seperti asap.
ל [Lamed]
21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,
Tetapi orang baik murah hati dan berbelas kasihan.+
22 Orang yang diberkati Tuhan akan mewarisi bumi,
Tetapi orang yang dikutuk oleh-Nya akan dihapuskan.+
מ [Mem]
23 Apabila Yehuwa berasa senang hati dengan haluan hidup seseorang,+
Dia akan membimbing setiap langkahnya.+
24 Walaupun orang itu tersandung, dia tidak akan jatuh tertiarap di atas tanah,+
Kerana Yehuwa akan menyokong dan memegang tangannya.+
נ [Nun]
25 Dahulu aku muda dan sekarang aku sudah tua,
Tetapi aku tidak pernah melihat orang yang berbuat benar ditinggalkan Tuhan,+
Ataupun anak-anak mereka meminta-minta makanan.+
26 Mereka selalu memberikan pinjaman dengan murah hati.+
Maka anak-anak mereka akan diberkati oleh Tuhan.
ס [Samek]
27 Berpalinglah daripada apa yang jahat dan buatlah apa yang baik;+
Maka kamu akan tinggal di bumi buat selama-lamanya.
28 Yehuwa mencintai keadilan,
Dan Dia tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.+
ע [Ayin]
29 Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi,+
Dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.+
פ [Pe]
30 Mulut orang baik menyampaikan kata-kata yang bijaksana,
Dan lidah mereka mengucapkan apa yang adil dan benar.+
צ [Tsade]
32 Orang jahat memperhatikan orang baik
Dan mencari peluang untuk membunuh mereka.
33 Tetapi Yehuwa tidak akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang jahat;+
Dia tidak akan membiarkan mereka didapati bersalah semasa diadili.+
ק [Qof]
34 Berharaplah kepada Yehuwa dan ikutlah haluan-Nya.
Maka Dia akan memuliakan kamu, dan kamu akan mewarisi bumi.
Ketika orang jahat dimusnahkan,+ kamu akan menyaksikannya.+
ר [Res]
35 Aku pernah melihat orang jahat yang tidak berhati perut menjadi makmur
Seperti pokok subur yang ditanam di tanahnya sendiri.+
ש [Syin]
37 Perhatikanlah orang yang tidak bercela,*
Dan pandanglah orang yang tulus hati,+
Kerana orang sebegitu akan menikmati kedamaian.+
38 Tetapi semua orang yang berdosa akan dibinasakan,
Dan semua orang yang jahat akan dihapuskan.+
ת [Taw]
39 Penyelamatan orang yang berbuat benar datang daripada Yehuwa;+
Dia ialah kubu mereka pada masa kesusahan.+
40 Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan mereka.+
Dia akan membebaskan mereka daripada orang jahat,
Kerana mereka berlindung kepada-Nya.+