Yesaya
61 Kuasa suci Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ada padaku,+
Kerana Yehuwalah yang mengurapi aku untuk mengisytiharkan berita baik kepada orang yang rendah hati.+
Dia mengutus aku untuk menyembuhkan orang yang hancur hati,
Untuk mengumumkan pembebasan kepada orang yang ditawan,
Dan untuk memberitakan bahawa mata para tahanan akan terbuka.+
2 Yehuwa mengutus aku untuk mengisytiharkan tahun rahmat-Nya,
Untuk mengumumkan hari pembalasan yang ditetapkan oleh Tuhan kita,+
Dan untuk melegakan hati orang yang berdukacita.+
3 Dia juga mengutus aku untuk memberi orang yang berkabung kerana Sion
Perhiasan kepala yang indah sebagai ganti abu,
Minyak yang mendatangkan sukacita sebagai ganti perkabungan,
Dan jubah yang membawa puji-pujian sebagai ganti kedukaan.
Mereka akan digelar pokok-pokok besar kebaikan,
Yang ditanam oleh Yehuwa untuk memuliakan diri-Nya.+
4 Mereka akan membina semula kota-kota yang dimusnahkan dahulukala.
Mereka akan membangun semula tempat-tempat yang terbiar sejak zaman kuno,+
Dan mereka akan memulihkan kota-kota yang hancur,+
Yang dibiarkan terlantar bertahun-tahun lamanya.+
5 “Orang yang tidak dikenali akan datang untuk menggembala kawanan kamu,
Dan orang asing+ akan menjadi petani dan penjaga ladang anggur kamu.+
7 Umat-Ku tidak akan dimalukan, sebaliknya mereka akan diberkati dua kali ganda.
Mereka tidak akan dihina, tetapi mereka akan bersorak dengan gembira atas bahagian yang diterima.
Mereka akan mendapat harta dua kali ganda di negeri mereka+
Dan bersukacita untuk selama-lamanya.+
Aku Tuhan yang setia, dan Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku.
Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.+
9 Anak cucu mereka akan menjadi terkenal dalam kalangan bangsa-bangsa,+
Dan keturunan mereka akan menjadi termasyhur antara semua bangsa.
Setiap orang yang melihat mereka
Akan tahu bahawa merekalah keturunan yang Aku, Yehuwa, berkati.”+
10 Aku akan bergirang hati kerana Yehuwa.
Jiwa ragaku akan bersukacita kerana Tuhanku.+