Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud.
2 Berikanlah perhatian kepadaku dan jawablah doaku.+
Kerisauanku membuat aku resah,+
Dan hatiku tidak tenteram,
3 Kerana kata-kata musuhku,
Dan kerana penindasan orang jahat.
Mereka menyusahkan aku;
Mereka marah kepadaku dan memusuhi aku.+
5 Aku dilanda rasa gerun dan gentar,
Dan aku terketar-ketar kerana ketakutan.
6 Aku asyik berkata, “Alangkah baiknya jika aku bersayap seperti merpati!
Aku akan terbang dan berlindung di tempat yang selamat.
7 Aku akan terbang ke tempat yang jauh.+
Aku akan tinggal di padang belantara.+ (Selah)
8 Aku akan bergegas mencari tempat naungan
Yang jauh daripada ribut kencang dan angin badai.”
9 Ya Yehuwa, kelirukanlah musuh-musuhku dan gagalkanlah rancangan mereka,+
Kerana aku telah melihat keganasan dan kerusuhan di kota.
10 Keganasan dan kerusuhan mengelilingi tembok kota siang dan malam;
Kejahatan dan kekacauan terdapat di seluruh kota itu.+
11 Bencana berlaku di tengah-tengahnya;
Penindasan dan penipuan tidak pernah meninggalkan dataran kota.+
12 Bukan musuh yang mencemuh aku;+
Jika musuh mencemuh aku, aku masih dapat menanggungnya.
Bukan lawan yang menentang aku;
Jika lawan menentang aku, aku masih dapat bersembunyi daripadanya.
13 Tetapi kamulah yang berbuat demikian,+
Meskipun kamu sahabat karibku dan lelaki yang dihormati seperti aku.+
14 Dahulunya kita menikmati persahabatan yang akrab;
Kita berjalan ke rumah Tuhan bersama orang ramai.
15 Biarlah kemusnahan menimpa musuh-musuhku.+
Biarlah mereka turun hidup-hidup ke Kuburan,*
Kerana kejahatan memenuhi rumah mereka dan menguasai diri mereka.
16 Tetapi aku akan berseru kepada Yehuwa,
Dan Dia akan menyelamatkan aku.+
17 Pada waktu petang, pagi, dan tengah hari, aku resah dan asyik mengeluh,+
Dan Dia mendengar suaraku.+
18 Dia akan menyelamatkan aku daripada orang yang melawan aku
Dan memberi aku kedamaian kerana banyak orang menyerang aku.+
Mereka semua enggan berubah,
Dan mereka tidak takut akan Tuhan.+
21 Kata-katanya lebih lembut daripada mentega,+
Tetapi hatinya dipenuhi pertelingkahan.
Percakapannya lebih licin daripada minyak,
Tetapi sebenarnya tajam seperti pedang.+
Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik* jatuh.*+
23 Tetapi ya Tuhan, Engkau akan menyebabkan orang jahat turun ke dalam lubang yang terdalam.+
Orang yang berhutang darah dan yang licik tidak akan mencapai separuh daripada jangka hayat mereka.+
Namun aku akan percaya kepada-Mu.