Mazmur
118 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+
Kasih setia-Nya kekal abadi.
2 Hendaklah umat Israel berkata,
“Kasih setia-Nya kekal abadi.”
3 Hendaklah keturunan Harun berkata,
“Kasih setia-Nya kekal abadi.”
4 Hendaklah mereka yang takut akan Yehuwa berkata,
“Kasih setia-Nya kekal abadi.”
5 Aku berseru kepada Yah* ketika menghadapi kesusahan;
6 Aku tidak takut kerana Yehuwa berada di pihakku.+
Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?+
7 Yehuwa berpihak kepadaku dan akan membantu aku;*+
Aku akan melihat kejatuhan mereka yang membenci aku.+
8 Lebih baik berlindung kepada Yehuwa
Daripada mengharapkan manusia.+
9 Lebih baik berlindung kepada Yehuwa
Daripada mengharapkan para pemimpin.+
10 Bangsa-bangsa mengepung aku,
Tetapi mereka terpaksa berundur,
Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.+
11 Mereka mengepung aku dari segala arah,
Tetapi mereka terpaksa berundur,
Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.
12 Mereka mengelilingi aku seperti lebah,
Tetapi mereka binasa dalam sekelip mata, seperti belukar dalam api.
Mereka terpaksa berundur,
Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.+
13 Mereka* menolak aku dengan kuat supaya aku jatuh,
Tetapi Yehuwa menolong aku.
14 Yah ialah kekuatan dan tempat perlindunganku.
Dialah penyelamatku.+
15 Sorak-sorai kegembiraan dan kemenangan*
Kedengaran dari khemah orang yang baik.
Tangan kanan Yehuwa melakukan perbuatan yang perkasa.+
16 Tangan kanan Yehuwa diangkat tinggi;
Tangan kanan Yehuwa melakukan perbuatan yang perkasa.+
17 Aku tidak akan mati, sebaliknya aku akan hidup,
Agar aku dapat mengisytiharkan perbuatan Yah.+
20 Inilah pintu gerbang Yehuwa.
Orang yang baik boleh memasukinya.+
21 Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau mendengar seruanku+
Dan kerana Engkau penyelamatku.
24 Inilah hari yang ditentukan oleh Yehuwa.
Kita akan bersukacita dan bergembira pada hari ini.
25 Ya Yehuwa, kami memohon, selamatkanlah kami!
Ya Yehuwa, kami merayu, berikanlah kemenangan kepada kami!
27 Yehuwa ialah Tuhan;
Dia memberi kita cahaya.+
Ambillah dahan-dahan pokok dan sertailah orang ramai yang menyambut perayaan;+
28 Ya Tuhanku, aku akan memuliakan-Mu;
Engkaulah Tuhanku, dan aku akan memuji-Mu.+