Zefanya
3 Malanglah kota yang memberontak, yang tercemar, dan yang menindas penduduknya!+
2 Kota itu tidak mahu mendengar nasihat+ dan tidak mahu ditegur ajar.*+
Kota itu tidak bergantung pada Yehuwa+ dan tidak menghampiri Tuhannya.+
3 Para pemimpinnya bagaikan singa yang mengaum.+
Para hakimnya seperti serigala yang memburu pada waktu malam,
Yang tidak meninggalkan seketul tulang pun untuk keesokan pagi.
4 Para nabinya bongkak dan licik.+
5 Yehuwa ada di kota itu. Dia adil+ dan tidak pernah berbuat salah.
Sebagaimana fajar pasti menyingsing,
Tuhan pasti menyatakan keadilan-Nya+ setiap pagi.
Namun orang jahat tidak tahu malu.+
6 “Aku telah memusnahkan banyak bangsa dan menyebabkan menara-menara* mereka terbiar.
Aku menghancurkan jalan-jalan mereka sehingga tiada orang melaluinya.
Kota-kota mereka kini hanya reruntuhan yang tidak berpenduduk.+
7 Aku berfikir, ‘Sudah pasti engkau akan takut dan hormat kepada-Ku, serta menerima disiplin.’+
Jika demikian, engkau tidak akan dibinasakan.+
Tetapi pendudukmu lebih giat berbuat jahat.
Oleh itu, Aku akan menghukum mereka atas segala dosa mereka.+
8 Aku, Yehuwa berfirman, ‘Teruslah menantikan Aku+
Sehingga harinya Aku bertindak untuk mengambil barang rampasan.*
Aku telah membuat keputusan* untuk mengumpulkan bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan,
Dan menimpakan kemurkaan-Ku yang bernyala-nyala kepada mereka.+
Seluruh bumi akan dihanguskan oleh kemurkaan-Ku* yang berkobar-kobar.+
9 Pada masa itu, Aku akan mengajar bangsa-bangsa untuk menuturkan bahasa yang murni,
Agar mereka semua menyeru nama Aku, Yehuwa,
10 Dari kawasan sungai di Etiopia,*
Mereka yang merayu kepada-Ku, iaitu umat-Ku yang tercerai-berai, akan membawa persembahan kepada-Ku.+
11 Pada hari itu, engkau tidak perlu berasa malu
Atas semua perbuatanmu semasa engkau memberontak terhadap Aku.+
Aku akan menyingkirkan semua orang yang sombong dan angkuh dalam kalanganmu.
Engkau tidak akan bersikap angkuh lagi di gunung-Ku yang suci.+
12 Aku akan membiarkan orang yang rendah hati dan lemah lembut untuk tinggal dalam kalanganmu.+
Mereka akan menjadikan nama Aku, Yehuwa, tempat perlindungan mereka.
13 Orang Israel yang terselamat+ tidak akan berbuat jahat.+
Mereka tidak akan berdusta atau menggunakan lidah untuk memperdaya orang.
Mereka akan makan* lalu berbaring, dan tidak ada sesiapa yang akan membuat mereka takut.”+
14 Bersoraklah, hai Sion!
Berserulah dengan gembira, hai Israel!+
Bersukacitalah dan bergembiralah dengan sepenuh hatimu, hai Yerusalem!+
15 Yehuwa tidak akan menghukummu lagi.+
Dia telah mengusir musuhmu.+
Yehuwa, Raja orang Israel, menyertaimu.+
Engkau tidak lagi perlu takut akan malapetaka.+
16 Pada hari itu, Aku akan berkata kepada Yerusalem,
“Hai Sion, janganlah gentar.+
Janganlah membiarkan tanganmu menjadi lenguh.
17 Aku, Yehuwa, Tuhanmu, menyertaimu.+
Aku perkasa dan Aku akan menyelamatkanmu.
Aku akan bergembira keranamu,+
Dan berpuas hati* kerana kasih-Ku terhadapmu.
Aku akan bersorak dengan riang keranamu.
18 Orang yang bersedih kerana tidak dapat menghadiri perayaan di tempatmu, akan Aku kumpulkan;+
Mereka tidak dapat hadir kerana menanggung hinaan di negeri asing.+
19 Pada masa itu, Aku akan menghukum semua orang yang menindasmu.+
Aku akan menyelamatkan orang yang tempang,+
Dan mengumpulkan mereka yang tercerai-berai.+
Aku akan menyebabkan mereka dipuji dan disanjung
Di tempat-tempat mereka pernah dimalukan dahulu.
20 Pada masa itu, Aku akan mengumpulkan pendudukmu
Dan membawa mereka pulang.