Mazmur
71 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.
Semoga aku tidak dimalukan.+
2 Selamatkanlah aku kerana Engkau Tuhan yang adil dan benar.
Dengarlah* seruanku dengan teliti dan selamatkanlah aku.+
3 Jadilah gunung batu yang kukuh bagiku,
Tempat aku bernaung pada setiap waktu.
Engkaulah batu perlindunganku dan bentengku,
Maka berikanlah perintah agar aku diselamatkan.+
4 Ya Tuhanku, selamatkanlah aku daripada tangan orang yang jahat,+
Daripada cengkaman orang yang tidak adil dan yang suka menindas.
5 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, aku berharap kepada-Mu;
Aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.+
6 Engkaulah yang membawa aku keluar daripada rahim ibuku;+
Aku bergantung pada-Mu sejak lahir.
Aku akan sentiasa memuji-Mu.
7 Meskipun banyak orang berasa kagum terhadapku,
Aku tahu bahawa Engkaulah tempat naunganku.
8 Aku akan melaungkan puji-pujian kepada-Mu dengan mulutku;+
Aku akan mengisytiharkan kemuliaan-Mu sepanjang hari.
10 Musuh-musuhku mencela aku,
Dan orang yang hendak membunuh aku berkomplot untuk menentang aku.+
11 Mereka berkata, “Tuhan telah meninggalkan dia.
Mari kita kejar dan tangkap dia, kerana tiada sesiapa yang akan menyelamatkan dia!”+
12 Ya Tuhan, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.
Ya Tuhanku, cepatlah datang untuk menolong aku.+
13 Biarlah orang yang menentang aku
Dimalukan dan dibinasakan.+
Biarlah orang yang hendak mencelakakan aku
Diselubungi rasa aib dan hina.+
14 Namun aku akan terus menantikan Engkau;
Aku akan memuji-Mu dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
15 Aku akan menceritakan perbuatan-Mu yang adil dan benar;+
Sepanjang hari, aku akan mengisahkan penyelamatan daripada-Mu,
Walaupun segala yang Engkau lakukan tidak terhitung banyaknya.*+
16 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
Aku akan datang untuk mengisytiharkan perbuatan-Mu yang perkasa;
Aku akan menyebut tentang kebaikan-Mu; aku akan memberitakan kebaikan-Mu sahaja.
17 Ya Tuhan, Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;+
Sampai sekarang, aku tetap mengumumkan segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.+
18 Ya Tuhan, biarpun aku menjadi tua dan biarpun aku beruban, janganlah tinggalkan aku.+
Biarlah aku menceritakan kuasa-Mu kepada generasi yang seterusnya,
Dan biarlah aku mengisahkan keperkasaan-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.+
19 Kebaikan-Mu, ya Tuhan, memuncak ke langit.+
Engkau telah melakukan perkara-perkara yang hebat.
Ya Tuhan, siapakah yang dapat menandingi-Mu?+
20 Engkau telah mendatangkan banyak kesusahan dan penderitaan kepadaku,+
Tetapi pulihkanlah aku, ya Tuhan,
Dan bawalah aku keluar dari air yang dalam.+
21 Semoga Engkau menjadikan aku lebih dihormati;
Semoga Engkau melindungi aku dan melegakan hatiku.
22 Ya Tuhanku, aku akan memainkan alat muzik bertali
Untuk memuji-Mu atas kesetiaan-Mu.+
Aku akan memetik kecapi sambil menyanyikan pujian kepada-Mu,
Ya Tuhan Israel Yang Suci.