Mazmur
א [Alef]
3 Mereka tidak melakukan kejahatan;
Mereka hidup menurut kehendak Tuhan.+
4 Ya Tuhan, Engkau telah menyuruh kami
Mengikut perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh.+
5 Semoga aku tetap teguh+
Dan mematuhi peraturan-Mu!
6 Dengan itu, aku tidak akan berasa malu
Semasa aku meneliti semua hukum-Mu.+
7 Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,
Aku akan memuji-Mu dengan tulus hati.
8 Aku akan mematuhi hukum-Mu.
Janganlah sekali-kali meninggalkan aku.
ב [Bet]
9 Bagaimanakah orang muda dapat hidup suci?
Mereka dapat hidup suci dengan mengawasi diri mereka dan mematuhi firman-Mu.+
10 Aku mencari-Mu dengan sepenuh hatiku.
Janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.+
12 Ya Yehuwa, terpujilah Engkau!
Ajarlah aku peraturan-Mu.
13 Aku akan mengisytiharkan
Segala ketetapan yang telah Engkau berikan.
16 Aku amat menyukai perintah-Mu.
Aku tidak akan melupakan firman-Mu.+
ג [Gimel]
17 Semoga Engkau melayan hamba-Mu ini dengan baik,
Supaya aku dapat hidup dan berpegang pada firman-Mu.+
18 Bukalah mataku agar aku dapat melihat
Hal-hal yang menakjubkan dalam hukum-Mu.
19 Aku hanyalah penduduk asing di negeri ini.+
Janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.
20 Aku sangat menginginkan
Ketetapan-Mu pada setiap waktu.
21 Engkau menengking orang yang angkuh,
Iaitu orang terkutuk yang menyimpang daripada perintah-Mu.+
22 Janganlah biarkan aku dicaci dan dihina,
Kerana aku telah mematuhi ajaran-Mu.*
23 Walaupun para pembesar berkumpul dan memburuk-burukkan aku,
Hamba-Mu ini tetap merenungkan* peraturan-Mu.
ד [Dalet]
25 Aku tertiarap di atas debu.+
Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+
26 Aku memberitahu-Mu segala perbuatanku, dan Engkau menjawab aku;
Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+
27 Tolonglah aku untuk memahami perintah-Mu,
Agar aku dapat merenungkan* segala perbuatan-Mu yang mengagumkan.+
28 Aku tidak dapat melelapkan mata kerana sedih.
Kuatkanlah aku seperti yang Engkau firmankan.
30 Aku sedar bahawa ketetapan-Mu benar,
Dan aku bertekad untuk tetap setia.+
31 Aku berpaut pada peringatan-Mu.+
Ya Yehuwa, janganlah biarkan aku dikecewakan.*+
32 Aku akan mematuhi perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh,
Kerana Engkau menambahkan pengertianku.*
ה [He]
33 Ya Yehuwa, ajarlah aku untuk hidup menurut peraturan-Mu,+
Dan aku akan mematuhinya sepanjang hayatku.+
34 Kurniailah aku pemahaman,
Agar aku dapat mematuhi hukum-Mu
Dan berbuat demikian dengan sepenuh hatiku.
35 Bimbinglah aku agar mematuhi perintah-Mu,+
Kerana perintah-Mu menggembirakan aku.
36 Berilah hatiku keinginan untuk mengikut ajaran-Mu*
37 Palingkanlah pandanganku daripada perkara yang sia-sia;+
Bantulah aku berjalan menurut haluan-Mu agar aku tetap hidup.
39 Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;
Betapa baiknya ketetapan-Mu!+
40 Lihatlah, aku begitu menginginkan perintah-Mu!
Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil dan benar.
ו [Waw]
41 Ya Yehuwa, tunjukkanlah kasih setia-Mu kepadaku+
Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu,*+
42 Supaya aku dapat menjawab orang yang mencela aku,
Kerana aku mempercayai firman-Mu.
43 Tolonglah aku agar kata-kata yang benar tidak meninggalkan mulutku,
Kerana aku berharap kepada* hukum-Mu.
44 Aku akan sentiasa berpegang pada hukum-Mu
Untuk selama-lamanya.+
45 Aku akan hidup dengan bebas dan selamat,+
Kerana aku berusaha mematuhi perintah-Mu.
46 Aku tidak akan berasa malu
Ketika aku bercakap tentang hukum-Mu di hadapan raja-raja.+
47 Aku menggemari perintah-Mu;
Sesungguhnya, aku mencintai perintah-Mu.+
48 Aku akan menadahkan tangan untuk berdoa kerana aku mencintai perintah-Mu.+
ז [Zayin]
50 Firman-Mu memelihara nyawaku
Dan melegakan aku ketika aku menderita.+
51 Orang yang sombong selalu menghina aku,
Tetapi aku tidak menyimpang daripada hukum-Mu.+
52 Ya Yehuwa, aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulukala,+
Dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku.+
53 Kemarahanku berkobar-kobar,
Kerana orang jahat meninggalkan hukum-Mu.+
54 Peraturan-Mu menjadi nyanyianku
Di mana sahaja aku tinggal.*
55 Pada waktu malam, aku mengingat nama-Mu, ya Yehuwa,+
Agar aku dapat mematuhi hukum-Mu.
56 Itulah yang sentiasa aku lakukan,
Kerana aku ingin mematuhi perintah-Mu.
ח [Het]
60 Aku bergegas-gegas untuk melaksanakan perintah-Mu;+
Aku ingin melaksanakannya tanpa berlengah-lengah.
61 Orang jahat memasang perangkap untukku,
Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+
62 Pada tengah malam, aku bangun untuk bersyukur kepada-Mu,+
Kerana ketetapan-Mu adil.
63 Aku bersahabat dengan semua orang yang takut akan-Mu,
Dan dengan semua orang yang mengikut perintah-Mu.+
64 Ya Yehuwa, bumi penuh dengan kasih setia-Mu;+
Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.
ט [Tet]
65 Ya Yehuwa, Engkau baik terhadap hamba-Mu ini,
Seperti yang telah Engkau janjikan.*
66 Ajarlah aku supaya aku mempunyai pengetahuan dan daya pertimbangan yang baik,+
Kerana aku yakin akan perintah-Mu.
67 Dahulu, aku sering menyimpang daripada hukum-Mu dan menderita,
Tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.+
68 Engkau baik+ dan segala perbuatan-Mu juga baik;
Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+
69 Orang sombong menyebarkan banyak dusta tentang aku,
Tetapi aku mematuhi perintah-Mu dengan sepenuh hati.
72 Hukum yang Engkau sampaikan baik untukku,+
Lebih baik daripada beribu-ribu keping wang emas dan wang perak.+
י [Yod]
73 Engkau menciptakan dan membentuk aku dengan tangan-Mu.
Berilah aku pemahaman,
Agar aku dapat belajar tentang perintah-Mu.+
74 Orang yang takut kepada-Mu akan bersukacita apabila melihat aku,
Kerana aku percaya kepada firman-Mu.+
75 Ya Yehuwa, aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil,+
Dan bahawa Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.+
77 Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku agar aku dapat terus hidup,+
Kerana aku menggemari hukum-Mu.+
78 Biarlah orang yang sombong dimalukan,
Kerana mereka menyakiti aku tanpa sebab.*
Namun aku akan merenungkan* perintah-Mu.+
79 Semoga orang yang takut kepada-Mu
Dan orang yang mengetahui peringatan-Mu, kembali kepadaku.
כ [Kap]
81 Aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu,+
Kerana aku percaya kepada firman-Mu.
82 Mataku penat menantikan apa yang Engkau janjikan.*+
Aku bertanya, “Bilakah Engkau akan melegakan hatiku?”+
83 Aku seperti kirbat kulit yang disalai sampai kering,
Namun aku tidak melupakan peraturan-Mu.+
84 Sampai bilakah hamba-Mu ini harus menunggu?
Bilakah Engkau akan menghukum mereka yang menganiaya aku?+
85 Orang sombong yang melanggar hukum-Mu
Telah menggali lubang untuk memerangkap aku.
86 Semua perintah-Mu dapat dipercayai.
Tolonglah aku kerana aku dianiaya tanpa sebab.+
87 Mereka hampir melenyapkan aku dari muka bumi,
Tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu.
88 Oleh sebab Engkau pengasih dan setia, peliharalah nyawaku
Agar aku dapat berpegang pada peringatan yang Engkau berikan.
ל [Lamed]
89 Ya Yehuwa, firman-Mu kekal selama-lamanya;
Firman-Mu kekal abadi di syurga.+
90 Kesetiaan-Mu kekal dari generasi ke generasi.+
Engkau telah mendirikan bumi dengan kukuh agar bumi tetap wujud.+
91 Dengan perintah-Mu, segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,
Kerana semua itu merupakan hamba-Mu.
92 Sekiranya hukum-Mu bukan sumber kegembiraanku,
Pasti aku sudah binasa dalam kesengsaraanku.+
93 Aku sama sekali tidak akan melupakan perintah-Mu,
Kerana dengan perintah-Mu itu, Engkau memelihara nyawaku.+
95 Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membinasakan aku,
Tetapi aku memperhatikan ajaran-Mu.*
96 Aku melihat bahawa segala sesuatu yang sempurna mempunyai batas,
Tetapi perintah-Mu tidak terbatas.*
מ [Mem]
97 Aku sangat mencintai hukum-Mu!+
Aku merenungkannya* sepanjang hari.+
98 Perintah-Mu menjadikan aku lebih bijak daripada musuh-musuhku,+
Kerana aku selalu dibimbingnya.
100 Pemahamanku melebihi pemahaman orang tua,
Kerana aku mematuhi perintah-Mu.
101 Aku menghindari semua haluan yang jahat,+
Kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.
102 Engkau telah mengajar aku.
Itulah sebabnya aku tidak menyimpang daripada ketetapan-Mu.
104 Perintah-Mu memberi aku pemahaman.+
Itulah sebabnya aku membenci segala haluan yang salah.+
נ [Nun]
105 Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku,
Dan bagaikan cahaya yang menerangi jalanku.+
106 Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,
Untuk mematuhi ketetapan-Mu yang adil.
107 Ya Yehuwa, penderitaanku sungguh berat.+
Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+
108 Ya Yehuwa, terimalah pujian yang aku berikan sebagai persembahan sukarela;+
Ajarlah aku tentang ketetapan-Mu.+
109 Aku sentiasa diancam maut,
Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+
110 Orang jahat memasang perangkap untukku,
Tetapi aku tidak menyimpang daripada perintah-Mu.+
112 Aku berazam untuk mengikut peraturan-Mu pada setiap waktu
Dan mematuhinya sehingga akhir hayatku.
ס [Samek]
115 Hai orang jahat, pergilah daripada aku,+
Supaya aku dapat mematuhi perintah Tuhanku.
116 Ya Tuhan, teguhkanlah aku menurut janji-Mu,*+
Agar aku dapat terus hidup.
Janganlah biarkan aku kecewa* akibat harapan yang tidak kesampaian.+
118 Engkau menolak semua orang yang menyimpang daripada peraturan-Mu;+
Mereka berdusta dan penuh dengan tipu daya.
119 Engkau melenyapkan semua orang jahat di bumi seperti sampah.*+
Itulah sebabnya aku mencintai ajaran-Mu.*
120 Aku gementar kerana aku takut kepada-Mu;
Aku gentar kerana penghakiman-Mu.
ע [Ayin]
121 Aku telah melakukan apa yang adil dan benar.
Janganlah menyerahkan aku ke dalam tangan orang yang menindas aku.
122 Berjanjilah bahawa Engkau akan membantu hamba-Mu ini;
Janganlah biarkan orang yang sombong menindas aku.
123 Mataku penat kerana menantikan penyelamatan daripada-Mu,+
126 Ya Yehuwa, sudah tiba masanya Engkau bertindak,+
Kerana orang telah melanggar hukum-Mu.
127 Aku mencintai perintah-Mu
Lebih daripada emas, bahkan emas yang murni.+
פ [Pe]
129 Ajaran-Mu* sungguh mengagumkan.
Itulah sebabnya aku mematuhinya.
130 Firman-Mu yang disingkapkan memberikan cahaya,+
Dan memberikan pemahaman kepada orang yang tidak berpengalaman.+
131 Aku haus akan perintah-Mu,
Dan aku sangat mendambakannya.+
132 Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah aku,+
Sebagaimana yang selalu Engkau lakukan terhadap orang yang mengasihi nama-Mu.+
133 Bimbinglah langkahku dengan firman-Mu;
Janganlah biarkan kejahatan menguasai aku.+
134 Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,
Supaya aku dapat melaksanakan perintah-Mu.
136 Air mataku bercucuran,
Kerana orang tidak mematuhi hukum-Mu.+
צ [Tsade]
138 Peringatan yang Engkau berikan itu baik
Dan dapat dipercayai dengan sepenuhnya.
139 Semangatku berkobar-kobar dalam hatiku,+
Kerana musuh-musuhku melupakan firman-Mu.
141 Aku ini tidak penting dan dipandang hina.+
Namun, aku tidak melupakan perintah-Mu.
143 Meskipun ditimpa kesusahan dan kesengsaraan,
Aku tetap menggemari perintah-Mu.
144 Peringatan daripada-Mu benar untuk selama-lamanya.
Berilah aku pemahaman+ agar aku tetap hidup.
ק [Qof]
145 Aku berseru kepada-Mu dengan sepenuh hati; ya Yehuwa, jawablah seruanku.
Aku akan mematuhi peraturan-Mu.
146 Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku!
Aku akan mematuhi ajaran-Mu.*
147 Sebelum fajar, aku sudah bangun untuk berseru meminta tolong,+
Kerana aku percaya kepada firman-Mu.
149 Dengarlah seruanku kerana Engkau pengasih dan setia.+
Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau adil.
150 Orang yang melakukan perbuatan yang memalukan sudah dekat;
Mereka menolak hukum-Mu.
152 Sejak dahulu, aku mengenali ajaran-Mu.*
ר [Res]
153 Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,+
Kerana aku tidak melupakan hukum-Mu.
155 Orang jahat tidak akan diselamatkan,
Kerana mereka tidak berusaha mematuhi peraturan-Mu.+
156 Betapa besarnya belas kasihan-Mu, ya Yehuwa!+
Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil.
158 Aku benci melihat orang yang licik,
Kerana mereka tidak mematuhi firman-Mu.+
159 Lihatlah, aku begitu mencintai perintah-Mu!
Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau pengasih dan setia.+
160 Segala firman-Mu benar,+
Dan semua penghakiman-Mu yang adil kekal abadi.
ש [Sin] atau [Syin]
162 Firman-Mu membuat aku gembira,+
Seperti orang yang menemukan banyak harta karun.
164 Tujuh kali sehari aku memuji-Mu,
Kerana ketetapan-Mu adil.
165 Orang yang mencintai hukum-Mu mendapat kedamaian yang melimpah;+
Tiada apa-apa pun yang akan membuat mereka tersandung.
166 Ya Yehuwa, aku melaksanakan perintah-Mu,
Dan aku menantikan penyelamatan daripada-Mu.
ת [Taw]
169 Semoga seruanku untuk meminta tolong sampai kepada-Mu, ya Yehuwa.+
Berilah aku pemahaman menurut janji-Mu.*+
170 Dengarlah permohonanku,
Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.*
171 Aku akan sentiasa memuji-Mu,+
Kerana Engkau mengajar aku peraturan-Mu.
172 Aku akan bernyanyi tentang firman-Mu,+
Kerana semua perintah-Mu adil.
174 Ya Yehuwa, aku menggemari hukum-Mu,
Dan aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu.+
175 Semoga aku tetap hidup supaya aku dapat memuji-Mu;+
Semoga ketetapan-Mu membantu aku.