Amsal
8 Bukankah kebijaksanaan sedang memanggil?
Bukankah pengertian sedang berseru?+
2 Kebijaksanaan berada di tempat-tempat tinggi,+
Di tepi jalan, dan di simpang jalan.
4 “Hai umat manusia, aku sedang memanggil kamu;
Aku melantangkan suaraku kepada semua orang.
5 Hai orang yang tidak berpengalaman, dapatkanlah kebijaksanaan;+
Hai orang bodoh, perolehlah hati yang berpengertian.
6 Dengarkanlah kata-kataku, kerana apa yang aku katakan itu penting.
Semua yang aku ucapkan itu tepat,
7 Kerana mulutku mengatakan kebenaran,
Dan aku muak terhadap apa yang jahat.
8 Segala yang aku katakan itu benar;
Tiada satu pun yang berputar belit atau memperdayakan.
9 Semua yang aku katakan mudah difahami oleh orang yang berpengertian,
Dan segala yang aku ucapkan benar bagi orang yang berpengetahuan.
10 Terimalah ajaranku* dan bukannya perak;
Terimalah pengetahuan dan bukannya emas tulen,+
11 Kerana kebijaksanaan lebih bernilai daripada batu permata;
Segala yang kamu idamkan tidak dapat menandinginya.
12 Akulah kebijaksanaan; aku memiliki pengertian.
Aku mempunyai pengetahuan dan daya pemikiran.+
13 Takut akan Yehuwa bererti membenci apa yang jahat.+
Aku membenci kesombongan, keangkuhan,+ haluan jahat, dan kata-kata keji.+
15 Aku membantu raja-raja memerintah,
Dan menolong pegawai tinggi menetapkan hukum yang adil.+
16 Dengan pertolonganku, para penguasa terus memerintah,
Dan dengan bantuanku, para pembesar menghakimi dengan saksama.
17 Aku mencintai orang yang mengasihiku;
Orang yang mencariku akan menjumpaiku.+
18 Aku mempunyai kekayaan dan kemewahan yang berkekalan;
Aku mempunyai kemuliaan dan keadilan.
19 Apa yang aku berikan lebih bernilai daripada emas, bahkan lebih berharga daripada emas tulen;
Apa yang kamu terima daripadaku lebih berharga daripada perak murni.+
20 Aku berjalan di haluan yang benar
Dan di tengah-tengah jalan yang adil;
21 Aku mengurniakan warisan yang berharga kepada orang yang mengasihiku,
Dan aku memenuhi gudang-gudang mereka.
22 Yehuwa mencipta aku sebagai permulaan karya-Nya.+
Akulah hasil ciptaan-Nya yang pertama sejak dahulukala.+
24 Aku dilahirkan sebelum lautan wujud,+
Sebelum air melimpah dari sumber-sumber air.
25 Aku dijadikan sebelum bukit bukau dibentuk,
Sebelum gunung-ganang diciptakan,
26 Sebelum Tuhan membentuk bumi dan padang-padangnya,
Bahkan sebelum gumpalan tanah yang pertama dijadikan.
27 Aku berada di sisi-Nya semasa Dia membentangkan langit,+
Ketika Dia menetapkan batas pada permukaan air,+
28 Semasa Dia membentuk awan di langit,
Dan sewaktu Dia memenuhi lautan dengan air.
29 Apabila Dia menetapkan batas bagi lautan,
Air tidak boleh melintasi batas itu selaras dengan perintah-Nya.+
Ketika Dia mendirikan asas bumi,
30 Aku berada di samping-Nya sebagai jurubina yang mahir.+
Hari demi hari, akulah sumber kebahagiaan-Nya;+
Aku sentiasa bergembira di hadirat-Nya;+
31 Aku senang hati apabila melihat bumi yang diciptakan-Nya,
Dan yang paling aku sukai ialah manusia.
32 Sekarang, hai anak-anakku, dengarkanlah kata-kataku;
Berbahagialah orang yang mengikut haluanku.
34 Berbahagialah orang yang mendengarkan ajaranku,
Yang datang awal ke pintuku setiap hari,
Dan yang menunggu dekat pintu masuk rumahku,
35 Kerana orang yang menjumpaiku akan memperoleh hidup,+
Dan dia akan mendapat perkenan Yehuwa.
36 Tetapi orang yang tidak mempedulikan aku, mencelakakan dirinya,
Dan orang yang membenciku, mencintai maut.”+