Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud selepas Nabi Natan datang untuk berjumpa dengan Daud kerana Daud meniduri Bat-syeba.+
51 Ya Tuhan, kasihanilah aku kerana kasih setia-Mu.+
Hapuskanlah dosaku kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.+
3 Aku mengakui kesalahanku,
Dan aku sentiasa sedar akan dosa-dosaku.+
4 Aku telah berdosa terhadap-Mu dan melakukan apa yang jahat di mata-Mu.+
Ya, aku telah berdosa terhadap-Mu.+
Maka apabila Engkau berfirman, firman-Mu benar,
Dan apabila Engkau menghakimi, penghakiman-Mu adil.+
5 Aku telah dilahirkan dalam dosa,
Dan aku berdosa sejak aku dalam kandungan ibuku.+
6 Engkau berkenan kepada orang yang tulus hati.+
Maka biarlah hatiku memahami* kebijaksanaan yang sejati.
7 Sucikanlah aku daripada dosaku* agar aku menjadi bersih;+
Basuhlah aku agar aku menjadi lebih putih daripada salji.+
8 Biarlah aku mendengar sorakan sukacita dan kebahagiaan,
Supaya aku dapat bergembira biarpun Engkau telah meremukkan tulang-tulangku.+
11 Janganlah usir aku daripada hadirat-Mu,
Dan janganlah ambil kuasa suci-Mu* daripadaku.
12 Kembalikanlah sukacita yang aku rasai kerana penyelamatan-Mu,+
Dan bangkitkanlah keinginan dalam diriku untuk mentaati-Mu dengan rela.
13 Aku akan mengajarkan haluan-Mu kepada orang yang berdosa,+
Supaya mereka dapat kembali kepada-Mu.
14 Ya Tuhan Penyelamatku,+ bebaskanlah aku daripada hutang darahku,+
Agar aku dapat mengisytiharkan perbuatan-Mu yang adil dan benar dengan gembira.+
15 Ya Yehuwa, bukalah bibirku,
Agar mulutku dapat melaungkan pujian kepada-Mu.+
16 Jika Engkau menginginkan korban, aku tentu akan mempersembahkannya.+
Tetapi korban bakar tidak menyenangkan hati-Mu.+
17 Sebaliknya, korban yang Engkau terima ialah hati yang hancur;
Ya Tuhan, Engkau tidak akan menolak* hati yang remuk dan sesal.+
18 Semoga Engkau menunjukkan kebaikan-Mu terhadap Sion
Dan membina semula tembok-tembok Yerusalem.
19 Kemudian, Engkau akan berasa senang hati dengan korban yang dipersembahkan oleh orang baik;
Engkau akan menerima korban-korban bakar yang diberikan;
Engkau akan berkenan kepada korban lembu jantan yang dipersembahkan di atas mazbah-Mu.+