Dua Korintus
6 Kami bekerja bersama dengan Tuhan.+ Maka kami menggesa kamu agar tidak mensia-siakan kebaikan hati Tuhan yang unggul, yang sudah kamu terima.+ 2 Tuhan berfirman, “Pada masa yang Aku perkenankan, Aku mendengarkan engkau. Pada hari penyelamatan, Aku menolong engkau.”+ Lihatlah! Sekaranglah masa yang diperkenankan itu. Lihatlah! Sekaranglah hari penyelamatan itu.
3 Dalam apa cara sekalipun, kami tidak mahu menyebabkan orang lain tersandung supaya tugas suci kami tidak dicela.+ 4 Sebaliknya, dalam segala hal kami menunjukkan bahawa kami ialah hamba Tuhan:+ Kami tabah menghadapi banyak cubaan, kesengsaraan, dan kesusahan. Ada masanya kami serba kekurangan.+ 5 Kami berjerih lelah, tidak tidur malam, dan ada masanya tiada makanan. Kami dipukul, dipenjarakan,+ dan menghadapi rusuhan.+ 6 Kami hidup murni dan selaras dengan pengetahuan tentang kebenaran, dan kami menunjukkan kesabaran+ dan kebaikan hati.+ Kami menunjukkan kasih yang ikhlas,+ dan kami dibimbing oleh kuasa suci Tuhan. 7 Kami bercakap benar dan bergantung pada kuasa Tuhan.+ Di tangan kanan* dan kiri,* kami memegang senjata yang membantu kami melakukan apa yang benar.+ 8 Kami dihormati, tetapi juga dihina. Kami dicela, tetapi juga dipuji. Kami dianggap sebagai pembohong, tetapi sebenarnya kami bercakap benar. 9 Kami dianggap sebagai orang yang tidak dikenali, tetapi sebenarnya kami sangat dikenali. Kami nampaknya hampir mati, tetapi kami masih hidup.+ Walaupun kami dihukum,* kami tidak mati.+ 10 Kami kelihatan berdukacita, tetapi kami sentiasa bersukacita. Kami kelihatan miskin, tetapi kami membuat banyak orang menjadi kaya. Kami seperti tidak memiliki apa-apa, tetapi kami memiliki segala-galanya.+
11 Saudara-saudara di Korintus, kami bercakap kepada kamu dengan terus terang. Kami telah membuka hati kami lebar-lebar untuk kamu. 12 Kasih kami kepada kamu tidak terbatas,*+ tetapi kasih kamu kepada kami terbatas. 13 Aku bercakap kepada kamu seperti bercakap kepada anak-anakku. Lakukanlah hal yang sama terhadap kami, dan bukalah hati kamu lebar-lebar untuk kami.+
14 Janganlah memikul kuk* bersama* orang yang tidak percaya,+ kerana kuk* sedemikian tidak seimbang. Apakah hubungan antara kebaikan dengan kejahatan?+ Atau apakah kaitan antara cahaya dengan kegelapan?+ 15 Lagipun, apakah persamaan antara Kristus dengan Belial?*+ Atau apakah persamaan antara orang yang percaya dengan orang yang tidak percaya?+ 16 Apakah kaitan antara Rumah Tuhan dengan berhala?+ Kita ialah rumah yang dimiliki oleh Tuhan yang hidup.+ Tuhan telah berfirman, “Aku akan tinggal bersama mereka+ dan menyertai mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”+ 17 “‘Maka, keluarlah daripada kalangan mereka, dan asingkanlah diri daripada mereka,’ firman Yehuwa,* ‘dan jangan lagi menyentuh perkara yang najis’”;+ “‘lalu Aku akan menerima kamu.’”+ 18 “‘Aku akan menjadi bapa kamu,+ dan kamu akan menjadi anak-anak lelaki-Ku dan anak-anak perempuan-Ku,’+ firman Yehuwa,* Tuhan Yang Maha Kuasa.”