Amsal
29 Orang yang tetap berdegil walaupun ditegur berkali-kali+
Akan remuk secara tiba-tiba dan tidak dapat pulih lagi.+
2 Rakyat bersukacita apabila orang baik memerintah,
Tetapi rakyat merintih apabila orang jahat memerintah.+
3 Anak yang mencintai kebijaksanaan menggembirakan hati bapanya,+
Tetapi anak yang suka bergaul dengan pelacur memboroskan kekayaannya.+
4 Seorang raja yang memerintah dengan adil akan mengukuhkan kerajaannya,+
Tetapi orang yang makan rasuah akan menghancurkan kerajaannya.
5 Sesiapa yang mengampu orang lain
Sedang memasang jerat untuk orang itu.+
6 Orang jahat terjerat dengan dosanya sendiri,+
Tetapi orang baik bergembira dan berseru dengan sukacita.+
8 Orang yang bercakap besar menyemarakkan kemarahan seluruh kota,+
Tetapi orang yang bijak meredakan kemurkaan.+
9 Apabila orang bijak dihadapkan ke mahkamah bersama orang bodoh,
Yang timbul hanyalah kekecohan dan cemuhan, tetapi tidak akan ada kepuasan hati.+
10 Pembunuh membenci orang yang tidak bersalah,+
Dan mereka ingin meragut nyawa orang yang tulus hati.*
11 Orang bodoh melampiaskan kemarahannya,*+
Tetapi orang bijak bertenang dan dapat mengawal perasaannya.+
12 Apabila seorang pemerintah mendengarkan dusta,
Semua hambanya akan menjadi jahat.+
13 Orang miskin dan orang yang menindas mereka mempunyai satu persamaan:
Yehuwalah yang memberikan nyawa kepada kedua-duanya.
15 Rotan* dan teguran menjadikan seseorang bijaksana,+
Tetapi anak yang tidak dikawal memalukan ibunya.
16 Apabila orang jahat menjadi banyak, dosa pun bertambah,
Tetapi orang baik akan melihat orang jahat dibinasakan.+
17 Disiplinkanlah anakmu, maka dia akan memberimu ketenteraman;
Dia akan mendatangkan kegembiraan yang melimpah kepadamu.+
18 Orang akan hilang kawalan tanpa bimbingan daripada Tuhan,+
Tetapi orang yang mematuhi hukum akan berbahagia.+
19 Ada hamba yang tidak dapat diajar hanya dengan kata-kata,
Kerana walaupun dia memahaminya, dia tidak akan mendengarkannya.+
20 Pernahkah kamu melihat orang yang bercakap tanpa berfikir?+
Orang bodoh mempunyai lebih banyak harapan daripadanya.+
21 Hamba yang dimanjakan sejak muda,
Akhirnya akan menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih.
22 Sesiapa yang cepat marah akan membangkitkan pertengkaran;+
Sesiapa yang cenderung murka akan melakukan banyak kesalahan.+
23 Kesombongan akan menyebabkan seseorang direndahkan,+
Tetapi orang yang rendah hati akan memperoleh kemuliaan.+
24 Sahabat kepada pencuri membenci dirinya sendiri,
Kerana apabila dia diminta untuk memberikan keterangan, dia tidak melaporkan apa-apa pun.+
25 Rasa takut akan manusia merupakan suatu jerat,+
Tetapi orang yang percaya kepada Yehuwa akan dilindungi.+