Amsal
28 Orang jahat lari walaupun tiada sesiapa yang mengejar mereka,
Tetapi orang baik berani seperti singa.+
2 Apabila rakyat sebuah negeri memberontak, pemerintahnya akan silih berganti,+
Tetapi pemerintah akan bertahan lama dengan bantuan orang yang berpengertian dan berpengetahuan.+
3 Orang miskin yang menipu orang lemah+
Bagaikan hujan yang menghanyutkan semua makanan.
4 Sesiapa yang mengabaikan hukum memuji orang jahat;
Sesiapa yang mematuhi hukum marah terhadap orang yang mengabaikan hukum.+
5 Orang jahat tidak dapat memahami keadilan,
Tetapi orang yang mencari Yehuwa dapat memahami segala sesuatu.+
7 Anak yang berpengertian mematuhi hukum,
Tetapi anak yang bersahabat dengan orang rakus memalukan bapanya.+
8 Sesiapa yang memperoleh kekayaan dengan mengenakan faedah+ dan menipu orang lain,
Hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan terhadap orang miskin.+
9 Jika seseorang enggan mendengarkan hukum,
Doanya akan dianggap sebagai sesuatu yang memuakkan.+
10 Sesiapa yang memimpin orang baik ke haluan yang jahat akan jatuh ke dalam perangkapnya sendiri,+
Tetapi orang yang tidak bercela akan dikurniai perkara-perkara yang baik.+
11 Orang kaya menganggap dirinya bijak,+
Tetapi orang miskin yang berpengertian mengetahui sifat sebenar orang kaya itu.+
12 Apabila orang baik berjaya, semua orang akan bersukacita,
Tetapi apabila orang jahat memerintah, semua orang akan menyembunyikan diri.+
13 Sesiapa yang menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya,+
Tetapi sesiapa yang mengakui dan meninggalkan dosanya akan mendapat belas kasihan.+
14 Berbahagialah orang yang sentiasa takut akan Tuhan,*
Tetapi orang yang keras hati akan ditimpa malapetaka.+
15 Pemerintah yang menindas rakyat yang tidak berdaya
Bagaikan singa yang mengaum dan beruang yang menyerang.+
16 Pemimpin yang tidak berpengertian akan menyalahgunakan kuasanya,+
Tetapi orang yang membenci keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur akan panjang umur.+
17 Seorang pembunuh akan menanggung hutang darah dan akan terus diburu sampai ke kuburan.+
Jangan membantu orang sebegini.
18 Orang yang haluannya tidak bercela akan diselamatkan,+
Tetapi orang yang haluannya bengkang-bengkok akan tiba-tiba jatuh.+
19 Sesiapa yang mengusahakan tanahnya akan mempunyai banyak makanan,
Tetapi sesiapa yang mengejar perkara yang sia-sia akan dilanda kemiskinan.+
20 Orang yang setia akan mendapat berkat yang melimpah,+
Tetapi orang yang ingin cepat kaya pasti akan melakukan kesalahan.+
21 Tidak baik bersikap berat sebelah;+
Tetapi seseorang mungkin berbuat demikian kerana ingin mendapat sekeping roti.
22 Orang yang tamak* mendambakan kekayaan,
Tetapi dia tidak menyedari bahawa kemiskinan akan melandanya.
23 Orang yang memberikan teguran+ akhirnya akan lebih dihargai+
Berbanding dengan orang yang suka mengampu.
24 Sesiapa yang mencuri daripada ibu bapanya lalu berkata, “Itu tidak salah,”+
Merupakan sahabat kepada orang yang membawa kebinasaan.+
25 Orang yang tamak* membangkitkan perselisihan,
Tetapi orang yang bergantung pada Yehuwa akan makmur.+
26 Orang yang bodoh percaya kepada hatinya sendiri,+
Tetapi orang yang menempuh haluannya dengan bijaksana akan terselamat.+
27 Sesiapa yang murah hati terhadap orang miskin tidak akan berkekurangan,+
Tetapi sesiapa yang menutup mata terhadap orang miskin akan mendapat banyak kutukan.
28 Apabila orang jahat memerintah, orang akan menyembunyikan diri,
Tetapi apabila orang jahat itu binasa, orang baik akan bertambah.+