Daniel
10 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Daniel, yang juga dipanggil Beltesazar,+ mendapat perkhabaran tentang suatu konflik yang besar. Perkhabaran itu benar. Daniel diberi pemahaman tentang apa yang dilihatnya, dan dia memahami perkhabaran itu.
2 Pada masa itu, aku, Daniel, telah berkabung+ selama tiga minggu. 3 Sepanjang tiga minggu itu, aku tidak makan makanan yang sedap. Daging dan wain pun tidak masuk ke dalam mulutku, dan aku tidak menyapu minyak pada diriku. 4 Pada hari ke-24 bulan pertama, aku sedang berada di tepi sungai yang besar, iaitu Sungai Tigris.*+ 5 Aku memandang ke langit lalu nampak seorang lelaki yang memakai pakaian linen+ dan tali pinggang yang diperbuat daripada emas dari Ufaz. 6 Badannya seperti batu krisolit,+ mukanya bercahaya seperti kilat, matanya seperti obor yang bernyala-nyala, lengan dan kakinya kelihatan seperti tembaga yang digilap,+ dan suaranya seperti riuh orang ramai. 7 Hanya aku yang nampak penglihatan itu, tetapi orang yang ada bersamaku tidak dapat melihatnya.+ Mereka menjadi sangat takut sehingga mereka melarikan diri dan bersembunyi.
8 Akibatnya aku ditinggalkan seorang diri, dan apabila aku nampak penglihatan yang menakjubkan ini, aku menjadi tidak berdaya. Mukaku menjadi sangat pucat, dan aku tidak bertenaga.+ 9 Kemudian aku mendengar suara seseorang. Tetapi semasa dia berkata-kata, aku tertidur dan mukaku menghadap tanah.+ 10 Tiba-tiba seseorang menyentuhku+ dan mencuba membangunkan aku daripada tidur. Maka aku bangun perlahan-lahan dan berlutut. 11 Kemudian dia berkata kepadaku,
“Wahai Daniel, kamu sangat berharga di mata Tuhan.*+ Berdirilah dan dengarlah baik-baik apa yang akan aku beritahu kamu kerana aku telah diutus kepadamu.”
Setelah dia berkata demikian, aku pun berdiri sambil terketar-ketar.
12 Kemudian dia berkata kepadaku, “Wahai Daniel, janganlah takut+ kerana Tuhan telah mendengar doamu sejak hari pertama kamu mencari pengertian dengan sepenuh hati dan merendahkan dirimu di hadapan Tuhan. Itulah sebabnya aku datang kepadamu.+ 13 Tetapi pemimpin+ kerajaan Persia menentang aku selama 21 hari. Kemudian Mikhael,*+ salah satu pemimpin yang utama,* datang membantuku. Pada waktu itu, aku berada dalam kalangan raja-raja Persia. 14 Aku datang untuk membantu kamu memahami apa yang akan menimpa bangsamu pada kemudian hari.*+ Penglihatan ini berkaitan dengan masa hadapan.”+
15 Apabila dia mengucapkan kata-kata itu kepadaku, aku tunduk dan tidak dapat bercakap. 16 Kemudian seseorang yang kelihatan seperti manusia berdiri di hadapanku dan menyentuh bibirku.+ Aku pun membuka mulutku dan berkata kepadanya, “Tuan, aku terketar-ketar kerana penglihatan ini, dan aku tidak berdaya.+ 17 Jadi bagaimanakah aku dapat bercakap dengan tuan?+ Sekarang aku sudah tidak berdaya, dan aku sesak nafas.”+
18 Dia menyentuhku lagi dan menguatkan aku.+ 19 Kemudian dia berkata, “Janganlah takut.+ Kamu amat berharga di mata Tuhan.*+ Semoga kamu sejahtera.+ Jadilah kuat, ya jadilah kuat.” Semasa dia bercakap kepada aku, aku berasa lebih bertenaga. Aku pun berkata, “Tuan, sila bercakap. Tuan telah menguatkan aku.”
20 Maka dia berkata, “Sekarang aku mesti pulang dan berlawan dengan pemimpin Persia itu.+ Apabila aku beredar, pemimpin Yunani akan datang. Tetapi tahukah kamu mengapa aku datang kepadamu? 21 Aku ingin memberitahu kamu tentang hal-hal yang tercatat dalam kitab kebenaran. Tiada sesiapa pun yang menyokongku kecuali Mikhael,+ pemimpinmu.+